Sunday 31 March 2013

KDN pantau 'kaki kacau' PRU13


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak keselamatan sedang memantau dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan pihak tertentu untuk mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sambil menekankan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan ketegangan, katanya beliau sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung perkara itu.

"Malah ketua-ketua polis negeri telah dipanggil untuk memastikan ia (sekiranya huru-hara berlaku) dapat ditangani dengan baik.

"Apa yang penting ialah kita membuat persediaan rapi bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Beliau dalam rangka lawatan dua hari ke pantai timur Sabah termasuk Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan yang dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Abdullah berhubung perkara itu di Kuala Lumpur semalam.

Adiwijaya dipetik sebagai berkata bahawa parti pembangkang dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dengan tersebarnya risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.

Menurut risalah itu, sasaran kekecohan ialah di kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

Adiwijaya juga dipetik sebagai berkata bahawa risalah itu didakwa menyebut saranan mewujudkan kekecohan di pusat mengundi dan mewujudkan twitter khas memperlekehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hishammuddin berkata pemantauan itu bukan hanya ditumpukan ke 10 kawasan Parlimen tersebut tetapi dibuat di seluruh negara.

"Kita mahu menentukan pilihan raya yang adil dan bebas di negara kita. Kita tidak mahu ada pihak yang cuba menimbulkan huru-hara.

Kita mesti pertahankan sistem demokrasi yang kita amalkan selama ini," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan akan timbul masalah semasa pilihan raya umum, khususnya di Sabah ekoran insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Hishammuddin berkata pencerobohan itu tidak akan menjejaskan perjalanan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

"Memanglah pada peringkat awal ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyebarkan khabar angin yang sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan rakyat Sabah namun keadaan bertambah baik," katanya.


Hishammuddin berkata secara keseluruhannya keadaan di Sabah adalah tenang, selamat dan terkawal.

Sumber

Saturday 30 March 2013

Hishammuddin: Filipina puas hati layanan tahanan Sosma


TAWAU - Kedutaan Filipina di Malaysia berpuas hati dengan layanan terhadap rakyatnya yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dinyatakan wakil kedutaan berkenaan yang melawat lapan pengganas Sulu yang kini ditahan di Penjara Tawau di sini.

Wakil Kedutaan Filipina menemui kesemua tahanan terbabit di Penjara Tawau pada 27 Mac lalu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hishammuddin berkata Malaysia memberi ruang seluas-luasnya kepada wakil kedutaan untuk berjumpa tahanan terbabit.

Jika ada pihak yang sangsi dengan layanan pihak penjara, mereka boleh merujuk terus kepada Penjara Tawau atau Kedutaan Filipina, bukan merujuk laporan media sosial, katanya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata beliau juga dimaklumkan kedutaan itu akan menguruskan soal pelantikan peguam untuk lapan tahanan berkenaan yang berhadapan tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas.

Mengenai keupayaan Sosma dalam mengendalikan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna itu, Hishammuddin berkata setakat ini pelaksanaan peraturan-peraturan di bawah Sosma berjaya membendung insiden tersebut.

"Dulu orang kata dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, kita tak ada kuasa. Tetapi kita tahu bahawa pemansuhan ini diganti dengan akta baharu iaitu Sosma.

Di bawah akta baharu ini bukan sahaja mencukupi mengimbangi hak asasi di peringkat antarabangsa tetapi mengimbangi kepentingan nasional dan keselamatan nasional.

Dalam kes ini keselamatan dan kepentingan ra
kyat dan negeri Sabah," katanya. Hishammuddin juga berkata penjara Sabah dengan 1,085 pegawai dan anggota mampu mengawal populasi penjara atau banduan di negeri itu yang kini berjumlah 4,530 orang.

Sementara itu, Hishammuddin berkata Bahagian Keselamatan Dalam Negeri sudah membuka bilik gerakan di Kota Kinabalu bagi menerima dan menyalur maklumat tepat kepada orang awam berkenaan perkembangan semasa insiden pencerobohan itu.

Katanya anggota masyarakat boleh berhubung terus dengan bilik gerakan itu melalui talian 088-488850.

Sumber

Friday 29 March 2013

SPR sangkal dakwaan jutaan rakyat Malaysia di luar negara tidak berpeluang mengundi



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya rakyat Malaysia di luar negara tidak diberi peluang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana Akta Pilihan Raya 1958 telahpun dipinda bagi membolehkan mereka mendaftar sebagai pemilih. "Saya dapat tahu ada pihak yang mengatakan berjuta-juta rakyat Malaysia di luar negara tidak dihiraukan dan menjadi mangsa pada sistem pilihan raya kali ini," katanya.

Setakat pagi ini, SPR hanya menerima 5,167 permohonan daripada rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi melalui pos pada pilihan raya kali ini, katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat akhir PRU ke-13 kepada ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan negeri Selangor di sini. 

Mengikut rekod, Abdul Aziz berkata, negara paling ramai rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi ialah Australia iaitu 1,206 orang diikuti United Kingdom (871), China (513), Amerika Syarikat (342) dan Taiwan seramai 183 pengundi. Peraturan membenarkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara mengundi secara pos telah diwartakan pada 21 Januari lalu.

Sebelum ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos. Mengulas tawaran RTM untuk parti politik menyiarkan manifesto masing-masing selama 10 minit sempena PRU ke-13, Abdul Aziz kecewa apabila pemimpin pakatan pembangkang menolak tawaran tersebut.

Beliau berkata seharusnya pakatan pembangkang menerima dan meneliti dahulu keberkesanan pendekatan tersebut sebelum menolak tanpa alasan yang kukuh. "Dulu mereka marah SPR sebab kata kita tidak bagi mereka ruang dalam media tetapi sekarang belum pun cadangan itu dibincang secara terperinci mereka dah tolak...sepatutnya teliti dulu, jangan terus tolak," katanya.

Bagaimanapun, katanya SPR, akan bertemu dengan pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan parti politik dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut mengenai cadangan itu. - BERNAMA

Wednesday 27 March 2013

Hari Polis 206


Polis: Kampung Tanduo ditutup, penduduk dipindah ke lokasi baru


Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baharu yang akan diputuskan kemudian.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Feb lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.

"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi ini.

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasu
kan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya.

Sumber

Tuesday 26 March 2013

1 Briged PGA Polis Ditempatkan di ESSZONE

KUALA LUMPUR 25 Mac - Lima batalion angkatan tentera dan 1 Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) polis akan ditempatkan di Zon Selamat Sabah Timur ( ESSZONE) serta akan ditambah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, sokongan polis di kawasan-kawasan estet akan bermula dengan felda dan sedang difikirkan.

"Saya difahamkan kita akan tambah lagi satu briged polis di peringkat polis dicampur dengan tentera khusus untuk anggota Sabah.

Keduanya, polis sokongan di kawasan estet bermula dengan felda sedang difikirkan," kata beliau pada sidang media selepas majlis Sambutan Hari Peringatan Polis ke-206 di sini, hari ini.

Tambah beliau, Unit Rondaan Bermotor (URB) juga akan ditambah berikutan URB akan dilancarkan pada hari ini secara menyeluruh sehingga ke Kota Kinabalu dan Sandakan bagi memantau keadaan keselamatan.

"Perdana menteri juga telah bersetuju untuk menambah bilangan motor untuk mengadakan rondaan di seluruh negara," katanya.

Dalam pada itu Hishamuddin turut menjelaskan,Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau kertas putih mungkin akan dilaksanakan tetapu buat masa sekarang ini soal keselamatan di Sabah menjadi keutamaan terlebih dahulu.

"Kita boleh laksanakan kedua-duanya atau mekanisme lain. Tetapi soal utama ialah memastikan Sabah selamat, rakyat Sabah rasa selamat," ujar beliau lagi.

"kita kena pastikan rakyat di Sabah rasa selamat bukan sahaja di Lahad Datu dan Semporna tetapi semua kawasan." katanya.

Beliau menegaskan, bagi memastikan keselamatan, kerajaan akan memastikan tiada pihak ketiga yang akan memanipulasi situasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Sumber

Sunday 24 March 2013

LAHAD DATU : 4 Mayat Warga Asing, Seorang askar cedera


LAHAD DATU: Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad. Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

"Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

"Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, Ahad. Selanjutnya

Saturday 23 March 2013

KDN, perisikan serantau bekerjasama kenal pasti dalang penceroboh


KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bekerjasama dengan agensi perisikan serantau bagi menyiasat dan mengenal pasti dalang insiden pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dalam menyiasat insiden itu, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjalin kerjasama rapat dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.

"National Intelligence Coordinating Agency, Filipina memang mempunyai kerjasama yang rapat dengan Cawangan Khas kita.

"Kita mendapatkan maklumat (perisikan) terkini berhubung kait dengan pembabitan pihak ketiga selain daripada maklumat tentang kumpulan (Jamalul) Kiram (pemimpin pengganas Sulu).

"Ia juga (maklumat perisikan) sama ada membabitkan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) ke, kumpulan Nur Misuari (bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)), kepada pihak-pihak politikus atau pengganas-pengganas tertentu," katanya kepada pemberita hari ini.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Giat Semberong di Dewan Taman Sri Lambak, di sini, hari ini.

Sumber

Friday 22 March 2013

KDN Mulakan Kerangka Tugas di ESSCOM


PUTRAJAYA 21 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang merangka tugas serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan semua pihak yang terbabit di Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), untuk diselaraskan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata penyelarasan tiga komponen utama iaitu orang awam, tentera dan polis adalah penting bagi menjamin keamanan serta keselamatan di kawasan kira-kira 1,400km pesisir pantai timur Sabah itu.

"Orang ramai adalah komponen amat penting dalam membina keyakinan masyarakat setempat, bahawa keadaan dalam negeri adalah selamat serta terkawal, dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang khabar angin pihak tertentu.

"Barisan pertama pertahanan mestilah komuniti, sebab itu kita ada RELA, JPAM (Jabatan Pertahanan Awam), ketua kampung, pertubuhan JKKK, dan sebagainya semua digerakkan bersama, supaya orang ramai boleh menjadi mata dan telinga dalam usaha menjaga keselamatan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas di ibu pejabat KDN di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut bagi membincangkan aspek berkaitan penyelarasan tugas dan tanggungjawab pihak berkaitan ESSCOM.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu mula dilaksanakan di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik sedia ada serta penambahan anggota dan aset keselamatan.

Katanya, aset laut Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan bekerjasama bagi memastikan perairan Sabah bebas daripada ancaman luar.

Sumber

Wednesday 20 March 2013

108 Tahanan SOSMA Lahad Datu Dibicara Hari Ini


LAHAD DATU 20 Mac - Kesemua 108 tahanan yang ditangkap oleh pasukan keselamatan negara dalam Op Daulat akan di dakwa hari ini kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas bersenjata di Lahad Datu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kesemua tahanan tersebut akan didakwa mengikut akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA).

"Perbicaraan akan berlangsung hari ini di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara," katanya kepada media di Felda Sahabat 16 hari ini.

Tambahnya lagi, perbicaraan dijalankan di IPD Lahad Datu berdasarkan faktor-faktor keselamatan yang perlu dipertimbangkan.

Perbicaraan tersebut akan diadili oleh Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M. Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu.

Dalam pada itu beliau turut mengesahkan, 28 mayat telah militan dibawa keluar oleh pasukan keselamatan dari kawasan merah dan akan dikebumikan sementara sehingga dituntut oleh anggota keluarga.

"Ini bagi memastikan ancaman kesihatan tidak timbul selain kekurangan bilik mayat di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau," katanya.

Katanya, waris yang ingin menuntut mayat ahli keluarganya yang terbunuh boleh mengemukakan sampel DNA dan akan diserah sekiranya hasil DNA tersebut padan.

"Bagi pemohon di luar negara, tuntutan boleh dikemuka menerusi Kementerian Luar, manakala bagi pemohon di dalam negara urusan tuntutan boleh dibuat terus kepada polis," katanya.

Terbaru, lapan individu dari Selatan Filipina didakwa diatas tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di Pertuan (YDP) Agong serta memnimbulkan keganasan.

Kesemua tertuduh berusia dalam lingkungan antara 17 hingga 66 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Lapan lelaki tersebut turut dibacakan pertuduhan mengikut Seksyen 121 kanun yang sama berikutan melancarkan serangan keatas YDP Agong yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell yang bersidang sebagai majistret tidak menerima sebarang pengakuan daripada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan olehTimbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) Datuk Nordin Ahmad, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Sumber

108 Suspek Pengganas didakwa hari ini


LAHAD DATU: Sebahagian 108 suspek yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dijadikan Mahkamah Majistret sebagai mengambil langkah keselamatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin di FELDA Sahabat 16, di sini, hari ini.

Polis jamin proses pilihan raya di Lahad Datu lancar


SEMPORNA - Polis memberi jaminan proses pilihan raya di kawasan yang terjejas dengan insiden pencerobohan pengganas di Sabah akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika memberi jaminan itu berkata, anggota pasukan keselamatan telah bersiap sedia untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Kami memang bersedia walau dalam keadaan apa yang berlaku sekarang ini. Sebenarnya keadaan sudah terkawal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu Ismail diberi taklimat mengenai keadaan di Semporna di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna dan melawat Sitti Bandorah Mahalil, balu Allahyarham Sjn Abd Azis Sarikon, 48, yang terkorban dalam insiden serang hendap kumpulan pengganas di Kampung Simunul, 2 Mac lepas.

Ismail berkata keadaan di Lahad Datu dan Semporna kini banyak berubah hasil operasi pasukan keselamatan yang berjaya menembak mati dan menangkap ramai musuh.

"Secara keseluruhannya keadaan di Lahad Datu dan Semporna adalah baik dengan aktiviti ekonomi, sosial dan kemasyarakatan berjalan seperti biasa manakala operasi anggota keselamatan pula berjalan seperti dirancang," katanya.

Beliau berkata, pasukan keselamatan kini meneruskan operasi menjejak saki-baki pengganas yang telah berpecah di Kampung Tanjung Batu dan pasukan keselamatan juga mengenal pasti lokasi mereka.

Ismail berkata, anggota keselamatan sedia ada tidak akan diundur malah aset dan bilangan anggota akan ditambah termasuk kemungkinan membawa anggota dari Semenanjung untuk memastikan keadaan keselamatan Sabah terjamin.

Selain itu, beliau berkata, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua-ketua Polis Daerah juga diarah memperbanyakkan program dan aktiviti turun padang bersama rakyat.

Ditanya kemungkinan ada pengundi takut untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka, Ismail berkata: "Jangan buat andaian, jangan takut keluar mengundi, keselamatan ada, kami jamin".

Sumber

Tuesday 19 March 2013

PRU13 - CALON BN - Muka Baru


PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan mengguggurkan 40% calon veteran pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk memberi laluan kepada muka-muka baru. Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat pelarasan senarai calon pada saat akhir telah mengenal pasti beberapa calon veteran untuk digugurkan dengan segelintir daripadanya tampil secara sukarela untuk tidak bertanding.

BN mempunyai seramai 141 ahli Parlimen dengan 75 daripadanya memegang jawatan tersebut lebih tiga penggal. Sumber berkata, tidak kesemua kerusi mereka akan diganti tetapi Perdana Menteri mahu menurunkan beberapa muka baru sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Politik.

Empat menteri kabinet yang telah memegang jawatan tersebut setelah sekian lama antara yang akan mengundur diri untuk memberi laluan kepada muka baru. Antaranya bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar), bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Ong Ka Ting (Kulai). 

Rafidah antara yang terawal memaklumkan hasratnya untuk tidak bertanding kepada Najib. Radzi dan Azmi telah memberitahu Najib bahawa mereka ingin bersara. Ong dikatakan akan meneruskan peranannya sebagai duta khas ke China.

Beberapa pemimpin veteran yang menyuarakan kesediaan mereka untuk tidak bertanding adalah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Kepala Batas) dan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi). Bagaimanapun, menurut sumber, Najib perlu memutuskan sama ada menerima tawaran itu kerana 'tiada calon pengganti sesuai' ditemui. Seorang lagi bekas menteri kabinet, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang mungkin antara calon yang digugurkan tetapi kontroversi mengenai pembangunan Petronas di kawasan tersebut menyebabkan beliau bakal dicalonkan semula. Sumber berkata Najib mungkin mengekalkan Azalina supaya beliau boleh menjelaskan kepada penduduk di kawasan tersebut mengenai kepentingan projek bernilai RM61.4 bilion itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui yang juga Presiden SUPP dan memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Miri selama enam penggal berkata, beliau akan terus bertanding sekiranya Najib ingin beliau berbuat demikian.

Dua lagi Ahli Parlimen senior yang akan bersara adalah bekas Menteri Sumber Manusia Tan Sri Dr Fong Chan Onn (Alor Gajah) dan bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Leo Michael Toyad (Mukah). Tiga bekas Timbalan Menteri yang dijangka tidak akan dicalonkan adalah Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Seri Sulaiman Taib.

Mereka masing-masing merupakan Ahli Parlimen Jerantut, Parit Sulong dan Kota Samarahan.
KLIK

Monday 18 March 2013

PM Filipina ajak Malaysia damai dengan penceroboh Sabah


MANILA 18 Mac - Pesiden Filipina Begino Aquino membuka tawaran perbincangan kepada Malaysia bagi menyelesaikan insiden pencerobohan pengganas bersenjata melibatkan rakyatnya yang mendakwa sebagai pengikut Kesultanan Sulu.

Begino yang dipetik dari media Filipina Globalnation.inquirer menegaskan, rundingan antara kedua-dua belah pihak merupakan cara terbaik bagi mengelakkan kejadian ini berterusan.

“Masalah tidak dapat diselesaikan degan tergesa-gesa atau menggunakan ancaman kuasa. Kita perlu mengadakan perbincangan mendalam bagi menyelesaikan masalah ini."

“Isu ini sangat rumit. Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak mudah untuk bersetuju melepaskan tanah yang tertakluk di bawah undang-undang negaranya untuk diserahkan kepada mana-mana individu,” katanya.

Presiden Filipina itu turut menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan beliau sebagai pencetus konflik di Sabah apabila membenarkan sebilangan besar warganya bekerja di Sabah.

Aquino juga tidak menolak terdapat pihak ketiga memberi dana kepada Jamalul Kiram III untuk menceroboh di Lahad Datu. Dalam pada itu jurucakap Kiram, Abraham Idjirani, berkata keengganan Aquino melayan tuntutan kumpulan tersebut untuk menuntut Sabah menjadi punca kumpulan tersebut untuk menceroboh.

Tambah Idjirani, segala kos perbelanjaan kumpulan tersebut dibiayai oleh ahli kumpuan tersebut tanpa melibatkan pihak luar. Jelasnya lagi, beliau telah menghubingi Agbimuddin yang mengetuai kumpulan pengganas di Lahad Datu dan mengesahkan bahawa adik kepada Jamalul Kiram III itu masih di Sabah.

SUMBER

GURU BIADAP : Apa pasal tak boleh dikenakan tindakan disiplin?


" Rakyat Malaysia yang taat setia pada negara, cintakan negara perlu menghargai pengorbanan besar yang dilakukan anggota keselamatan negara ! "

Sunday 17 March 2013

SABAH DICEROBOH : 1 Pengganas ditangkap



LAHAD DATU 16 Mac - Pihak Keselamatan Negara mengesahkan penangkapan seorang individu dipercayai pengganas di kawasan Felda Sahabat .

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, pengganas tersebut ditangkap pukul 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar, di sini semalam.

Beliau menjelaskan, sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang.

Katanya, operasi penggeledahan kini sedang giat menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok.
SUMBER

Saturday 16 March 2013

OPS DAULAT : Tiada Tempoh Tamat Ditetapkan


LAHAD DATU: Tiada sebarang tempoh ditetapkan untuk menamatkan Ops Daulat sama ada sebelum Parlimen dibubarkan atau sebaliknya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata pasukan keselamatan akan terus memastikan keamanan dan ketenteraman awam dipelihara daripada ancaman pengganas meskipun Parlimen dibubarkan.

"Kita tidak berkompromi dalam soal keselamatan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
SUMBER

Friday 15 March 2013

Bantu kerajaan jaga negeri - Hishammuddin


KUDAT 15 Mac - Segala usaha gigih kerajaan untuk mengawal keselamatan dan kedaulatan negeri ini akan menjadi sia-sia jika langkah itu tidak disokong oleh setiap lapisan masyarakat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakyat sebenarnya berperanan sebagai 'mata dan telinga' kerajaan dalam usaha menentang musuh dari luar.

"Kerajaan sejak dahulu lagi dengan penuh komited melaksanakan tugasnya menjaga ketenteraman negara ini termasuk yang terbaharu pengumuman untuk menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

"Sekali lagi saya ingin ingatkan ESSCOM ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mencapai matlamatnya jika tiada penglibatan penduduk kawasan terbabit untuk menjayakannya," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan keselamatan penduduk di sini hari ini.

Hishammuddin turut menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Masjid Kampung Ayer serta meluangkan masa melawat dua veteran USNO, Zakaria Abas dan Abd. Rahman Mustapha.

Ditanya mengenai kebimbangan penduduk terutama di Kudat yang tinggal di pesisir pantai tentang bahaya pencerobohan pengganas Sulu, Hishammuddin menegaskan, semua berita yang didengar itu hanyalah khabar angin.

Bagaimanapun beliau berkata, pasukan keselamatan tidak sesekali memandang ringan setiap khabar angin yang disebarkan itu.

Sumber

GURU KURANG AJAR direman


KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini. Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.

“Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini. Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh.

Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi. Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan:

"semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai ‘anjing-anjing’ yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu."

SUMBER

Thursday 14 March 2013

Sabah diceroboh: Kerajaan timbang RCI atau kertas putih


SANDAKAN - Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.

"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan di sini, hari ini selepas mendengar taklimat berhubung situasi semasa di Sandakan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong.

Mengenai sama ada hasil siasatan itu akan didedahkan kepada umum, Hishammuddin berkata ia akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan apabila perkara itu selesai kelak.

Mengulas keadaan keselamatan di Sabah, Hishammuddin berkata secara keseluruhannya keadaan bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat.

Mengenai Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), Hishammuddin berkata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan beberapa pihak berkaitan akan berada di Sabah esok bagi meninjau keperluan tambahan bagi merealisasikan penubuhan kawasan itu yang memerlukan perancangan rapi.

Katanya penguatkuasaan di kawasan perairan timur Sabah juga akan ditingkatkan bagi menghalang kemasukan warga Filipina ke negeri itu termasuk kewujudan 'lorong-lorong tikus' yang memudahkan laluan mereka.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kementerian itu kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

Berhubung laporan penahanan 35 warganegara Filipina yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah oleh Unit peronda Tentera Laut Filipina semalam, Hishammuddin berkata Wisma Putra akan berhubung dengan Manila bagi menyelesaikan perkara itu.

"Wisma Putra akan berhubung dengan kerajaan Filipina kerana rakyat dia dan perairan dia," katanya. Media Filipina semalam melaporkan unit peronda menahan kesemua suspek di dalam dua buah bot di perairan Tawi-Tawi sekitar jam 6.30 pagi semalam, di mana beberapa unit senjata dan bahan letupan turut dirampas dari bot yang dinaiki.

Hishammuddin dalam lawatan itu turut melawat dan berkongsi cerita dengan tiga anggota pasukan keselamatan yang cedera dalam Operasi Daulat di Lahad Datu dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini.

Dalam kejadian berbalas tembakan pada Sabtu lepas, dua anggota PGA dari Batalion Miri iaitu Lans Kpl Mohd Zariman Ibrahim dan Kpl Affendi Rusli mengalami kecederaan di betis dan paha.

Selain itu, Kpl Khairul Anuar Md Isa dari Rejimen ke-7 Askar Melayu Diraja (7RAMD) Kem Kukusan Tawau yang cedera di pipi dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Lahad Datu dimasukkan ke hospital itu semalam. - Foto Bernama

Sumber

Wednesday 13 March 2013

Ops Daulat - Jenazah Terkorban Selamat Tiba Pangkalan TUDM


PETALING JAYA 13 Mac - Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Ops Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi. Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Foto : Berita Harian

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah. Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu. Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh. Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati. - BERNAMA
Sumber

Tuesday 12 March 2013

Isu Lahad Datu - Polis Buka Kertas Siasatan


KUALA LUMPUR: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini mengikut Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dan Cek Wira Operasi Daulat.
Selanjutnya

LAHAD DATU : 6 Suspek di Syaki Pengganas Di Tahan


SEMPORNA: Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit.

"Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat awam...jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi. Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu. Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati rata-rata penduduk di kampung berkenaan mendakwa tidak pernah melihat kelibat enam lelaki terbabit di kampung berkenaan. BERNAMA

SUMBER

Muhyiddin Lawat Lahad Datu


LAHAD DATU 12 Mac - Pihak keselamatan negara sedang membuat persiapan rapi bagi menyambut kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dewan Serbaguna Desa Kencana, dekat sini hari ini.

Muhyiddin dijadual mengadakan lawatan ke pusat penempatan penduduk setelah kampung halaman mereka diceroboh tentera Kerajaan Sulu. - SUMBER

Sunday 10 March 2013

Tian Chua Ibarat Hilang Nilai Kemanusiaan - Hishammuddin


KOTA KINABALU 10 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumpamakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu adalah sandiwara Umno, sebagai manusia yang sudah hilang nilai baik dan nilai kemanusiaan.

Dipetik Bernama, beliau berkata walaupun insiden pencerobohan di Lahad Datu itu telah mengakibatkan lapan anggota keselamatan negara terkorban, namun terdapat juga "manusia-manusia yang tidak berhati perut yang tidak ada perasaan kasih sayang langsung".

"Saya nak tanya Tian Chua...apakah gambar-gambar yang saya lihat sendiri dengan mata saya, puluhan yang bergelimpangan mati katak di tengah-tengah hutan juga satu sandiwara? "Sakitnya kita tengok keluarga, anak tercinta, isteri tercinta yang ditinggalkan.

Jadi ini merupakan sesuatu kesedaran bagi kita, nak berpolitik ada tempat dan masanya, dan saya tengok ini budaya kebencian yang sanggup menggadaikan segala-galanya gara-gara kerana jawatan dan rakus serta angkuh, mengenepikan sentimen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi balu Allahyarham Sarjan Baharin Hamit, Sumiati Suarah dan anggota keluarga Allahyarham di Inanam Laut, dekat sini hari ini.

Allahyarham Sarjan Baharin dari cawangan khas ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini, merupakan antara enam anggota polis yang terkorban dalam serang hendap pengganas di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac lepas.

"Tuhan tidak akan mengizinkan manusia-manusia sebegini berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia yang mencintai keamanan, sayang sahabat sesama agama, sama bangsa," katanya sambil menyatakan ada hikmah di sebalik insiden itu.

"Kita seharusnya melihat ke hadapan, bukan untuk diri kita tetapi anak cucu cicit kita yang kita tinggalkan selepas ini," katanya.

Sementara itu, Sumiati yang mempunyai dua orang anak berterima kasih kepada Hishammuddin yang datang sendiri melawat anggota keluarga Allahyarham.

"Lawatan ini sekurang-kurangnua memberi semangat kepada kami untuk menghadapi detik-detik kehilangan orang yang tercinta.

"Anak-anak semua dah boleh terima dan kira okay, dah stabil. Sedih-sedih...tapi dah stabil, semangat dah ada.

Kita dah faham...rasa bangga sebab dia (anak-anak) tengok ayah (gambar) di TV...balik-balik dia kata Perwira Negara," katanya.

Sumber

Saturday 9 March 2013

Lahad Datu : Seorang Militan Ditembak, Jumlah Kematian 53 Orang


LAHAD DATU - Seorang lagi penceroboh militan Sulu maut ditembak pada 8 pagi tadi di Kampung Tanjung Batu dekat sini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 53 orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penceroboh itu ditembak mati pasukan keselamatan selepas bertindak keluar daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri.

Selain itu, beliau berkata 79 orang yang ditahan di beberapa kawasan di pantai timur Sabah kini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) bagi mengesahkan penglibatan mereka dengan kumpulan penceroboh berkenaan.

"Mereka ditahan kerana dipercayai terbabit dengan pencerobohan bersenjata yang menjadikan Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu sebagai kubu sejak 12 Feb lepas," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat, Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sejak pencerobohan itu lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna sehari kemudian.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat pada Khamis berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat.

Sumber

Friday 8 March 2013

Polis nafi laporan penceroboh di Kota Kinabalu, Tawau


LAHAD DATU - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.

Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS, kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah tidak benar.

"Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan.

Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan oleh polis dan ia tidak betul," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Felda Sahabat 16, dekat sini, Ismail menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak sah berhubung isu pencerobohan di Sabah.

"Kalau maklumat yang tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya," katanya.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa keadaan keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan orang ramai tidak perlu cemas.

Sehingga kini 52 penceroboh militan terbunuh dalam Op Daulat sejak insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu 12 Februari lepas.

Lapan anggota polis terkorban dalam tempoh itu iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam kejadian serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac. - Bernama

Sumber

Tuesday 5 March 2013

Tiada anggota keselamatan cedera dalam serangan ofensif


KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal hari ini.

"Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan). "Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu hari ini.

Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari ini mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.

Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.

Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pasukan tentera menggunakan tiga jet pejuang F18 dan lima Hawk dalam serangan ofensif terhadap perkampungan yang menjadi kawasan pihak penceroboh.

Beliau berkata inilah adalah kali pertama operasi bersama antara ATM dan PDRM dan pihaknya sedang menjalankan usaha untuk menambah kekuatan anggota di kawasan itu.

"Apa yang ingin kami khabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kepercayaan yang diberi kepada ATM untuk lakukan operasi sebaik ini dan untuk pertahankan negara telah memberi keberhasilan," katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memberikan bantuan kemanusiaan, antaranya keperluan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Tanduo bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan.

Beliau berkata hubungan antara Malaysia dan Filipina tidak terjejas berikutan insiden itu kerana ia hanya membabitkan sekelompok rakyat Filipina yang tidak mendapat restu daripada kerajaan negara itu.

"Apa yang penting hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina tetap dipertahankan," katanya.

Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi Hotline di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah melalui talian 088-318555, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu (089-881255) atau IPD Semporna (089-782020) untuk sebarang pertanyaan. - Bernama

Sumber

Operasi ke atas penceroboh bukti pendirian tegas Malaysia


KUALA LUMPUR - Bekas tentera, veteran polis dan pemimpin masyarakat menyifatkan keputusan kerajaan melancarkan operasi bagi menamatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu hari ini sebagai wajar bagi mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat.

Mereka juga menyifatkan sudah tiba masanya Malaysia bertegas terhadap kumpulan pengganas itu yang jelas tidak mahu penyelesaian secara aman.

Bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata selama ini kerajaan Malaysia sentiasa bertolak ansur dalam menangani isu itu. "...pendirian tegas ini merupakan satu keadilan untuk semua pihak bagi mempertahankan kemakmuran Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sejak 9 Feb lepas dan merebak ke sebuah perkampungan di Semporna itu telah mengorbankan lapan anggota pasukan keselamatan negara setakat ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan pagi ini, berkata kerajaan terpaksa mengambil tindakan sewajarnya demi mempertahankan kedaulatan negara selepas usaha menyelesaikan pencerobohan tanpa pertumpahan darah tidak berjaya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata kerajaan sudah memberi banyak masa untuk berunding dengan kumpulan pengganas terbabit.

"Serangan ini sememangnya tidak dapat dielakkan apatah lagi apabila ia melibatkan kehilangan nyawa anggota keselamatan kita yang sebolehnya kita tidak mahu berlaku.

"Masanya telah tiba untuk kita bertindak untuk mengelak lebih ramai anggota kita yang menjadi korban," katanya ketika dihubungi.

Pandangannya disokong Timbalan Pengerusi Biro Keselamatan dan Ketenteraman Awam Majlis Perundingan Melayu Datuk Seri Zaini Mohd Said yang berpendapat telah tiba masanya pasukan keselamatan negara melakukan tindakan balas.

"Walaupun tindakan ini satu risiko yang besar, namun demi keselamatan dan kedaulatan negara maka ianya terpaksa dilakukan.

Bukan kita mahukan kekerasan, namun pendekatan secara lembut tidak dilayan, maka keputusan untuk menyerang adalah yang terbaik buat masa ini," katanya.

Mengenai ada pandangan bahawa operasi besar-besaran seperti itu patut dilakukan lebih awal, beliau berkata rakyat perlu yakin keputusan yang diambil kerajaan adalah demi kebaikan semua.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan pula menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama memberi sokongan secara rasional terhadap keputusan kerajaan itu.

"Selama ini kita telah membantu secara terbuka membenarkan mereka (orang Sulu) berada di Sabah mencari nafkah dan kerajaan juga sebelum ini menjadi orang tengah untuk berunding masalah di Selatan Filipina.

"Namun bukan sahaja mereka tidak menyanjung tinggi malahan menyusup masuk dan menembak mati pegawai keselamatan kita yang tidak berniat pun untuk membunuh mereka tetapi mahu berunding," katanya.

Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan pula berkata kerajaan telah memberikan kumpulan pengganas itu banyak peluang untuk menyerah diri namun bukan sahaja tidak diendah tapi turut bertindak menyerang pasukan keselamatan negara.

"Dan saya rasa sebelum keputusan ini dibuat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah berbincang secukupnya,"katanya.

Presiden Parti Makkal Sakti, R.S. Thanenthiran pula meminta 97,000 anggotanya bersembahyang di kuil memohon tuhan memelihara keselamatan pasukan keselamatan negara di Sabah.

"Saya telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua bahagian untuk disebarkan. Ini merupakan tanda sokongan kami kepada pasukan keselamatan yang sedang berjuang demi mempertahankan kedaulatan negara," katanya ketika dihubungi.

Selain itu, beliau juga berharap kerajaan dapat mengambil tindakan tegas jika terbukti ada pemimpin pembangkang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan tersebut. - Bernama

Sumber

Monday 4 March 2013

Isu Lahad Datu : Kerajaan Nafi Sembunyi Maklumat


KANGAR 3 Mac - Kerajaan tidak pernah cuba menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan kawasan berhampiran di Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sebaliknya mengambil sedikit masa bagi memperolehi maklumat lengkap tentang perkembangan sesuatu kejadian di negeri itu sebelum menyalurkannya kepada umum.

"Bukan nak tutup dan tak nak beritahu rakyat. Kita kena beritahu gambaran tepat dan jelas. Kita tak nak beri maklumat terburu-buru.

"Takut nanti kita disalahkan dan dituduh cuba menakut-nakutkan rakyat Kita tunggu gambaran sebenar.

Saya dah arahkan Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera buat kenyataan (bila ada maklumat)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini, hari ini.

Beliau juga menegaskan, rakyat diyakini menyebelahi pihak kerajaan dalam menangani isu tersebut.

"Kita yang selama ini menjaga kedaulatan, keamanan dan ketenteraman di Sabah dan negara ini," katanya.

Mengulas mengenai kejadian puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terbabit dalam serangan hendap yang mengorbankan seorang pegawai dan empat anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi, Najib berkata kejadian itu menunjukkan kemarahan rakyat kepada kumpulan penceroboh itu.

"Mereka bertindak sendiri untuk menyelamatkan orang kampung yang dijadikan tebusan. Mereka tunjukkan keberanian luar biasa.

Orang kampung tak setuju dan bertindak tanpa takut akan nyawa mereka," katanya.

Bagaimanapun, beliau masih belum mendapat maklumat mengenai bilangan orang kampung yang dijadikan tebusan dalam insiden berkenaan.


Sumber

Sunday 3 March 2013

Isu Lahad Datu : Maklumat Palsu kian Tersebar di Facebook


KUALA LUMPUR 3 Mac - Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai agar tidak terperdaya dengan beberapa maklumat palsu yang kian tersebar menerusi laman sosial berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Laporan yang dipetik di Laman Facebook milik PDRM itu menjelaskan, kerjasama dari semua pihak amat diperlukan agar tidak mudah terperdaya dengan beberapa penyebaran palsu dari individu yang tidak bertanggungjawab.

Ianya juga merupakan satu kegiatan yang menyalahi undang-undang. alt Kenyataan ini dikeluarkan merujuk mesej yang dipaparkan dari pemilik Laman Facebook bernama Mohd Faiz seperti tertera yang menggunakan melaporan maklumat palsu dengan menggunakan 2 individu berjawatan Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) di Sabah.

Paparan ini dikenalpasti pihak polis merupakan salah satu maklumat palsu dan disahkan tiada rekod KCKD yang bertugas di lokasi berkenaan.

Orang ramai turut diminta melayari Laman Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini berkaitan kejadian melibatkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Sumber

Isu Lahad Datu : Tempoh Rundingan Tamat


SUBANG 2 Mac - Kerajaan hari ini mengambil pendirian bahawa tempoh untuk mempertimbangkan apa jua permintaan kumpulan penceroboh di Lahad Datu telah berakhir.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kumpulan tersebut perlu memilih untuk menyerah diri atau menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa.

"Kita bertegas dalam hal ini (kematian dua komando) kerana apa yang mereka (kumpulan penceroboh) lakukan adalah jenayah yang serius.

"Mereka menceroboh negara kita dengan menggunakan senjata dan membunuh dua anggota keselamatan negara serta mencederakan tiga lagi anggota keselamatan.

Bermaksud mereka telah melakukan jenayah yang cukup berat," katanya pada sidang media selepas memberikan penghormatan terakhir kepada wira negara di balai ketibaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini.

Tambah Najib, tiada lagi sesi rundingan dan pertimbangan melainkan kumpulan penceroboh mengambil langkah menyerah diri dalam masa terdekat ini.

Jelas beliau, dalam laporan yang diberi oleh salah seorang anggota VAT 69 yang turut terlibat dalam operasi tersebut, kematian dua komando itu disebabkan terkena perangkap kumpulan penceroboh yang mengibarkan bendera putih (menyerah diri).

"Ada diantara kumpulan penceroboh mengibar bendera putih, jadi mereka tidak sangka apabila melihat bendera putih itu ada di antara kumpulan penceroboh dari arah lain menembak dua komando itu.

"Jadi saya tidak menolak ini adalah satu perangkap yang dilakukan oleh kumpulan ini. Jadi kalau mereka melakukan teknik demikian, itu adalah tektik orang pengecut sebenarnya," tegasnya.

Anggota yang terkorban dalam tragedi di Lahad Datu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan menaikkan pangkat Insp Zulkifli kepada ASP dan Koperal Sabarudin Daud kepada Sarjan.

"Dengan ini bahawa pencen yang akan diterima oleh balu-balu akan lebih tinggi lagi.

Kerajaan dan pihak polis akan menimbangkan pemberian-pemberian yang lain selepas pengurusan perkebumian dan urusan-urusan lain diselesaikan," jelasnya.

Jenazah Zulkifli diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu dan jenazah Koperal Sabarudin pula dikebumikan di kampungya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Menurut rekod, insiden tembakan tersebut membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Kampung Tandou di Selatan Filipina.

Sumber

Perisikan Filipina awasi tiga kumpulan subahat tuntutan Sultan Sulu


Menurut sumber perisikan kerajaan Filipina, sama ada waris kesultanan Sulu bertindak sendiri untuk menuntut Sabah atau telah dihasut oleh kuasa luar untuk berbuat demikian, ia perkara yang pasti.

Hakikatnya, ia merupakan rancangan di luar keupayaan pihak waris sultan itu.

Menurut sumber tersebut, sememangnya menjadi dasar kerajaan Filipina tidak membangkitkan isu berhubung Sabah.


Tetapi nampaknya sekarang "sesetengah orang" mahu menonjolkan isu berkenaan.

Persoalannya mengapa sekarang? Mengapa pada waktu ini? Itulah yang ingin diketahui oleh pihak perisikan kerajaan.

 Sumber-sumber konsisten menyebut tiga kumpulan yang muncul itu telah mengambil kesempatan daripada keputusan kerabat kesultanan Kiram untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah.



"Mereka adalah pihak yang mahu menumpang cita-cita serta tuntutan kesultanan Kiram, berpaksikan kepentingan peribadi tertentu,” kata salah satu sumber.



Sumber lain pula menambah: "Terdapat banyak yang di rasa boleh dimanfaatkan daripada isu ini, bukan sahaja di Filipina, tetapi juga di Malaysia.

"

Semua ini "faktor luaran," seperti mana sumber-sumber yang diperoleh oleh akhbar ini (Philippine Daily Inquirer) menyifatkan – mereka yang terdiri daripada gabungan kumpulan anti pentadbiran Aquino dan pihak pembangkang politik Malaysia.



“Kerabat kesultanan Kiram telah merancang tuntutan mereka seawal tahun lepas, dan seterusnya bertindak untuk menceroboh di Lahad Datu setelah dipengaruhi kumpulan berkenaan.



"Mereka dikatakan mempengaruhi kerabat kesultanan Kiram supaya menuntut bayaran imbuhan ‘sewa’ yang lebih ke atas Sabah, dan sekiranya Malaysia bersetuju, mereka akan turut memperoleh habuan.



Kumpulan anti-Aquino hanya sekadar ingin memalukan Presiden Aquino, dan sehubungan itu menggunakan proses perdamaian sebagai penyebab kebangkitan sentimen di pihak kerabat kesultanan Kiram.



“Kesemua pihak yang tidak menyukai P-Noy (nama yang sering digunakan terhadap Presiden Aquino oleh rakyat Filipina), telah bergabung tenaga.

Ini dilihat sebagai satu cara untuk benar-benar menguji bagaimana pentadbiran beliau memberikan reaksi (terhadap isu seperti ini).

Apa jua yang akan berlaku di Malaysia, ia akan memberikan kesan kepada pihak kita,” kata satu sumber.



"Dalam erti kata lain, sesiapa yang mahu mengganggu proses perdamaian atau keuntungan di pihak Presiden Aquino kini setidak-tidaknya telah memperoleh kemenangan," tambah sumber itu lagi.



Kumpulan ketiga didakwa sebagai kumpulan pembangkang politik Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

Pegawai perisikan tersebut berkata bahawa salah seorang  ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim akan bertanding di Sabah.



"Yang jelas, ahli politik ini adalah salah seorang yang berbincang dengan kerabat kesultanan Kiram. Beliau dikatakan memberi sokongan pembangkang kepada kerabat kesultanan Kiram bagi merealisasikan tuntutan ke atas  Sabah, " kata sumber itu.



Mesyuarat November



Sumber itu juga percaya pada mesyuarat mereka November tahun lepas bahawa kerabat kesultanan Kiram telah memutuskan untuk "menuntut Sabah atau sekurang-kurangnya meminta pampasan yang setimpal dengan nilai tanah hari ini, selain supaya keluarga diraja diberikan pengiktirafan yang sewajarnya oleh Malaysia "

Menurut sumber berkenaan, oleh kerana mereka berketurunan Tausug maka mereka terus keras hati, dan berdegil untuk terus menuntut dikembalikan Sabah, walaupun hingga terpaksa ingkar terhadap Presiden Aquino, kata salah satu sumber.



"Ini adalah pendirian terakhir Sultan Jamalul. Sebagai orang Tausug, mereka sudah sebulat hati memutuskan tindakan untuk meneruskan tuntutan mereka.

Hakikatnya pada mereka, ini perkara hidup atau mati demi menjaga kehormatan dan berpegang kepada,” sumber yang merupakan seorang pegawai tentera memberitahu Inquirer.



Bagaimana pun, menurut seorang lagi pentadbir keselamatan yang membuat analisis perkembangan sejak tiga minggu lalu, kerabat kesultanan Kiram nampaknya resah sejak kebelakangan ini.



"Mereka keliru. Kerajaan berharap kita boleh membeli lebih banyak masa, mencari satu cara penyelesaian diplomatik,” tambah sumber itu dengan  merujuk kepada usaha kerajaan untuk membantu menyelesaikan kebuntuan antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata yang diketuai oleh adik Sultan Jamalul, Agbimuddin Kiram, di Kampung Tanduao, yang telah memasuki minggu ketiga.



Perpaduan Kiram

Sumber The Inquirer diperoleh dari pertubuhan diplomatik dan pertahanan. Mereka meminta supaya dirahsiakan nama mereka kerana tidak dibenarkan bercakap dengan wartawan mengenai analisis perkembangan “penghijrahan pulang kesultanan Kiram ke Sabah.

”

Sumber itu berkata kerabat kesultanan Kiram memutuskan untuk bersatu kerana mereka merasakan diri dikecualikan daripada rundingan damai antara pentadbiran Aquino dan Barisan Pembebasan Islam Moro, yang berakhir dengan perjanjian damai awal Oktober lepas.



Menarik perhatian kerajaan 

"Pihak Kiram ingin mendapatkan perhatian kerajaan Filipina," kata sumber itu.



"Selama bertahun-tahun, kerabat kesultanan merasakan mereka dieksploitasi dalam politik. Sultan Jamalul didorong untuk bertanding jawatan senator pada 2010, tetapi tewas.

Selepas itu pula surat mereka kepada Presiden Aquino (pada 2010 sebelum beliau memegang jawatan) hilang, "kata sumber itu.



Tambah sumber itu lagi, Kiram dan pengikutnya "merancang untuk pergi ke Lahad Datu" pada akhir Januari tahun ini.



"Pada Februari, satu kumpulan kecil pengikut Kiram berlepas ke Lahad Datu, diikuti oleh Raja Muda Agbimuddin," kata sumber itu.



Anggaran 70 senjata api kini di tangan kumpulan yang bertahan di Kampung Tanduao dimiliki oleh penduduk di Lahad Datu, orang Tausug dan Bajau yang memiliki kad pengenalan Malaysia, kata sumber itu.



Pasukan keselamatan Malaysia telah mengepung kumpulan Agbimuddin,  tetapi tidak bertindak, malahan melanjutkan tempoh untuk kumpulan Agbimuddin meninggalkan Lahad Datu selama tiga kali, sementara lanjutan tempoh keempat diminta oleh kerajaan Filipina sendiri.



Malaysia Berhati-hati



Menurut sumber yang diperoleh Inquirer, kebuntuan terus berlaku kerana pihak Malaysia begitu berhati-hati berurusan dengan kumpulan Agbimmudin.



"Mereka semua umat Islam dan mereka tahu jika berlaku keganasan, ia akan berlanjutan selama-lamanya.

Terdapat 800,000 Filipina di Sabah. Ia akan menjadi satu masalah yang besar di Sabah jika keganasan meletus.

Pasukan keselamatan Malaysia mungkin akhirnya terpaksa menghadapi pertentangan dengan gerila atau Rido (antara rumpun), " kata sumber itu, menggunakan istilah Islam untuk perang saudara.


Sumber

PM : Penceroboh Bersenjata Punca Pertempuran di Lahad Datu


PEKAN 1 Mac - Kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.

"Dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.

"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita sejurus melancarkan jentera Pilihan Raya kawasan Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.di sini hari ini.

Najib juga menyerahkan bidang kuasa kedua-dua Pemimpin mewakili keselamatan Negara itu dalam menangani isu tersebut.

"Saya tidak lagi buat keputusan. Terserah kepada mereka (panglima ATM dan Ketua Polis Negara) untuk ambil tindakan...mereka akan diberikan kuasa sepenuhnya. "(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka," ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan.

Kumpulan itu pada ketika ini telah dikepung sepenuhnya dan pemantauan pasukan tentera laut Negara dipertingkatkan di kawasan perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri.

Sumber

Friday 1 March 2013

Lahad Datu : Dua Komando Polis Maut Terkena Mortar


LAHAD DATU 1 Mac - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Dua komando polis tersbeut merupakan anggota peninjau yang diserang ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan bot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa, lapor Bernama.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. Terkini, maklum tidak rasmi yang diterima, anggota yang terkorban dikenali sebagai Isnp. Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin. Namun, maklumat tersebut masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Sumber

Ceroboh Sabah: Dua anggota tentera cedera, dibawa ke hospital


LAHAD DATU - Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini.

Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini. Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.

Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu. - Bernama

Sumber

Najib: Penceroboh sepatutnya serah diri, keluar Lahad Datu


PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar dari kawasan itu secepat mungkin.

"Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius.

"Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Najib mengulas insiden tembakan di kawasan itu hari ini setelah kumpulan penceroboh yang diketuai adik kepada 'Sultan Jamalul Kiram III' Agbimuddin Kiram enggan meninggalkan kawasan itu setelah berkubu di kawasan itu lebih tiga minggu dengan membuat beberapa tuntutan.

Bagaimanapun beliau bertegas bahawa kerajaan memandang serius apa yang sedang berlaku di Lahad Datu itu.

"Kita tidak akan biarkan perkara ini berlanjutan tanpa sesuatu tindakan yang dilakukan pihak pasukan keselamatan, saya beri jaminan, kita pandang serius dan kita akan lakukan apa saja yang perlu dan menjamin kedaulatan negara kita," katanya.

Najib juga memberi jaminan untuk mengambil langkah sewajarnya memperketat keselamatan Sabah. Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino III baru-baru ini bahawa kumpulan penceroboh itu agar jangan menguji kesabaran Malaysia.

"Apa yang dikatakan Presiden Aquino memang tepat dengan pendirian kita. Jangan menguji kesabaran kita, kesabaran kita ada had, kita ada perancangan untuk mengusir mereka keluar, sebaik-baiknya mereka menyerah diri dan keluar dengan baik," katanya.

Perdana menteri terdahulu melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang di sini. - Bernama

Sumber

Ceroboh Sabah: Tembakan didengari di Kg Tanduo


KUALA LUMPUR - Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.

Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu tetapi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak melepaskan tembakan.

"Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi ini!" katanya dalam mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan penceroboh bersenjata itu.

Sementara itu, Hishammuddin memberitahu sidang media di sini bahawa Malaysia telah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir kira-kira 150 penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka.

Malah, beliau berkata Malaysia sudah banyak berlembut dengan memberi ruang secukupnya dalam beberapa siri rundingan dan kaedah diplomasi.

"Saya mengingatkan kumpulan penceroboh yang memasuki negara ini agar tidak menuduh Malaysia tidak beri waktu dan ruang secukupnya kepada mereka untuk berundur dari negara ini.

"Malaysia sudah banyak berlembut dengan cara rundingan dan diplomasi," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda Malaysia Palestin di Jabatan Pertahanan Awam.

Menurut sumber pasukan keselamatan, operasi menahan penceroboh itu dipercayai dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan tentera termasuk Pasukan Gerakan Am, pasukan Komando 69 dan polis marin.

Keadaan di pekan Lahad Datu tegang dengan banyak premis kedai ditutup manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Feb dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka.

Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.

Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka adalah tentera 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.

Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.

Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air.

Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina itu.

Hamza menegaskan pihaknya akan menggunakan undang-undang negara untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu. - Bernama

Sumber