Thursday 28 February 2013

Isu ceroboh Sabah: Risalah disebar minta penceroboh serah diri


LAHAD DATU - Risalah-risalah dalam bahasa Suluk meminta penceroboh rakyat Filipina menyerah diri disebar di sekitar kawasan Kampung Tanduo sejak semalam tetapi setakat ini pihak keselamatan Malaysia belum menerima sebarang reaksi daripada kumpulan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sejak risalah itu ditabur, belum ada maklum balas daripada kumpulan penceroboh itu.

"Saya percaya mereka telah mendapat 'flyers' itu," katanya pada sidang akhbar, hari ini, mengenai perkembangan terkini usaha menamatkan insiden yang bermula sejak kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Sulu menceroboh perkampungan nelayan kira-kira 130km dari sini 12 Februari lepas.

Hamza berkata, pasukan keselamatan tidak teragak menggunakan kekerasan sekiranya anggotanya terancam.

"Kami tidak mahu mereka (penceroboh) meletakkan pasukan polis atau pasukan keselamatan kita dalam satu situasi di mana kami tidak ada pilihan lain (kecuali mengambil tindakan kekerasan).

"Kita kena ingat bahawa tujuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa. Tapi nyawa pasukan keselamatan lebih penting daripada nyawa mereka (penceroboh)," katanya.

Hamza berkata, sebarang tindakan oleh pihak keselamatan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang serta mengambil kira sebarang kemungkinan dan kesan tindakan yang diambil. - Bernama

Sumber

Wednesday 27 February 2013

Polis : 'Kita akan tamatkan stand-off Lahad Datu sekarang'


LAHAD DATU - Polis memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, akan ditamatkan secepat mungkin.

Tanpa menyatakan bilakah sebenarnya ia akan berakhir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, episod yang bermula sejak 12 Februari lepas akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang.

Ditanya tindakan yang akan diambil selepas tamatnya tempoh yang diberi pihak berkuasa kepada kumpulan itu Ahad lepas, Khalid sekadar berkata:

"Tunggu dan lihat". Katanya, tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo.

"Kita akan tamatkan stand-off sekarang ini. Cuma saya menasihati orang ramai supaya jangan bimbang dan jangan ragu-ragu. Insya-ALLAH, kita selesaikannya dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Apabila ditanya sama ada proses rundingan masih berlaku dengan kumpulan tersebut, Khalid berkata: "Saya tidak mahu lagi mengulas perkara (rundingan) itu".

Khalid juga berkata, polis tidak tahu-menahu mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya empat anggota keluarga Kiram (kerabat Kesultanan Sulu) telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Terdahulu selepas menerima taklimat mengenai perkembangan insiden itu di Komtek Sahabat 16 Batalion 17, Pasukan Gerakan Am (PGA) Felda Sahabat, Khalid menjelaskan kepada pemberita bahawa insiden pencerobohan kumpulan yang mengaku Askar Diraja Kesultanan Sulu masih di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata, isu berkenaan masih ditangani sebagai isu keselamatan negara dan operasi turut melibatkan agensi keselamatan lain.

"Keadaan di sini masih seperti biasa dan tujuan lawatan saya pagi ini semata-mata untuk menemui anggota saya di lapangan," katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokthar dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Khalid berkata, setakat ini tidak terdapat sebarang unsur luar yang campur tangan dalam usaha polis menyelesaikan isu berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan sebarang campurtangan seperti itu mengganggu urusan keselamatan negara. - Bernama

Sumber

Tuesday 26 February 2013

Ceroboh Sabah: Presiden Manila beri Sultan Sulu amaran


MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang "amat tegas" jika tidak menamatkan insiden menceroboh wilayah Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan ini.

Sehubungan itu, Aquino telah meminta Sultan Jamalul Kiram III agar menarik keluar 180 pengikutnya termasuk 30 yang bersenjata dari Lahad Datu.

“Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, kuasa penuh berdasarkan undang-undang negara akan dikenakan bagi mencapai keadilan untuk semua,” kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.

Dipetik laporan AFP, Presiden Filipina itu berkata, "keadaaan ini tidak boleh berlanjutan."

"Jika anda benar-benar seorang pemimpin kepada pengikut, anda sendiri perlu bekerjasama dengan kerajaan dan kembali ke negara ini secara aman,” kata beliau.

Selain itu, Aquino turut memberi amaran kepada Sultan Jamalul bahawa satu arahan telah dikeluarkan agar siasatan diadakan berhubung kemungkinan pencabulan undang-undang oleh beliau, pengikut dan pihak sekongkol dengannya dalam insiden menceroboh wilayah Malaysia.

Sumber

Monday 25 February 2013

KDN Yakin PDRM Mampu Bongkar 2 Sindiket Jual Bayi




NIBONG TEBAL 24 Feb - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin Polis Diraja Malaysia dapat membongkar dua lagi sindiket pemerdagangan bayi di negara ini dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kejayaan membongkar dua sindiket pemerdagangan bayi dalam operasi 'Ops Pintas Sayang I dan II' yang dilakukan polis Pulau Pinang.

"Ada lagi tahanan akan dibuat dan bayi-bayi diselamatkan...dalam Ops Pintas Sayang I polis menyelamatkan 10 orang bayi manakala dalam Ops Pintas Sayang II seramai 22 bayi diselamatkan.

"Kami juga akan menjalin bekerjasama rapat dengan badan bukan kerajaan, Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan beberapa agensi berkaitan untuk membanteras sindiket pemerdagangan bayi ini," katanya kepada pemberita selepas program bersama Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa di negara transit yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan bayi seperti China, Bangladesh dan Australia.

"Kerjasama dengan pasukan risikan di peringkat antarabangsa amat diperlukan agar sindiket ini dapat dibanteras, dan yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dan didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007," katanya.

Hishammuddin juga menjelaskan bahawa pemburuan suspek yang terlibat dengan sindiket pemerdagangan bayi bukan bertujuan menghukum ibu bapa yang membeli bayi itu, sebaliknya melindungi bayi terlibat dari aspek perundangan demi masa depan mereka.

"Sekiranya bayi-bayi itu mempunyai sijil kelahiran atau dokumen yang diperoleh daripada saluran yang salah atau tidak sah akan timbul masalah apabila mereka besar dan mahu bersekolah, ini akan menjejaskan masa depan mereka.

"Kita akan cari jalan penyelesaian untuk masalah ini, jika tidak bersalah jangan rasa takut, kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan akan ditempatkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Pada 22 Feb lepas, polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan 22 orang bayi dan kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa sindiket terbabit dan menahan 45 orang dalam Ops Pintas Sayang II.

Terdahulu pada 24 Jan, polis Pulau Pinang membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak apabila menahan 33 individu dan menyelamatkan lapan bayi serta seorang kanak-kanak.

Sumber

Sunday 24 February 2013

Kes Penceroboh Lahad Datu - Tempoh Keluar Hari Ini



Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini, sehingga hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata kerajaan membuat keputusan itu selepas memberi pertimbangan terhadap permohonan Manila supaya pengusiran dilanjutkan bagi memastikan proses berkenaan dilakukan secara baik.

Katanya, tempoh lanjutan sehingga hari ini juga diambil selepas mengambil kira keadaan di lokasi kejadian, yang berada dalam kawalan pihak berkuasa.

Permintaan kerajaan Filipina 

“Pihak berkuasa mempunyai rancangan mereka sendiri tetapi ini adalah permintaan kerajaan Filipina, yang mahu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tanpa berlaku pertumpahan darah,” katanya, di sini, semalam.

Kelmarin, media Filipina melaporkan kerajaan negara itu meminta Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan bersenjata, yang menceroboh Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu sehingga Selasa ini.

Ia bagi membolehkan mereka memujuk kumpulan yang mengaku Askar Diraja Kesultanan Sulu itu pulang ke negara asal secara aman tanpa membabitkan pertumpahan darah. Permohonan itu disampaikan Menteri Luarnya, Albert del Rasario kepada Anifah.

Sementara itu, Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, Datuk Ahmad Marzuki Mohd Saad, meminta orang ramai supaya tenang kerana keadaan adalah terkawal.

“Pasukan keselamatan sudah melaksanakan pemantauan bagi memastikan keadaan selamat.

“Kita juga berterima kasih dengan sumbangan diberikan pelbagai pihak, yang mampu menaikkan semangat anggota bertugas,” katanya.
SUMBER

Saturday 23 February 2013

Permintaan Filipina - KDN Serah kepada Wisma Putra


Keputusan akan diserahkan kepada pihak Wisma Putra berhubung permintaan kerajaan Filipina yang meminta agar tarikh akhir kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu meninggalkan Kampung Tanduo, Lahad Datu dilanjutkan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,pihaknya dimaklumkan berhubung perkara tersebut oleh Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Anifah Aman.

"Namun begitu, pihak kementerian akan menyerahkan kepada pihak polis untuk melancarkan operasi bagi menamatkan konflik tersebut. "Kedaulatan negara dan maruah rakyat Sabah tidak perlu dipandang ringan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jentera parti Barisan Nasional (BN) Sembrong di sini hari ini. Sebelum ini, KDN telah memberi jaminan proses pengusiran kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu akan dilakukan dengan selamat. 

Beliau berkata, proses pengusiran itu akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan tiada pertumpahan darah berlaku di antara pihak berkuasa dengan kumpulan tersebut. SUMBER

Friday 22 February 2013

Dalang Isu Di Lahad Datu : Anwar Nafi Laporan Reuters


KUALA LUMPUR 22 Feb - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan agensi media antarabangsa Reuters yang mendakwa beliau menjemput 150 penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mencetuskan ketegangan di Sabah.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pembangkang menuding jari kepada UMNO dengan menyatakan kenyataan tersebut bukan dari Rueters tetapi daripada UMNO.

"Itu kenyataan UMNO bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu UMNO punya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Institut Rakyat di sini, semalam.

Beliau kemudiannya enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut. Sebelum ini Reuters melaporkan kenyataan oleh salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut setelah mendapat jemputan dari pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

Menurut laporan itu lagi, kumpulan bersenjata tersebut mencetuskan ketegangan berikutan tidak berpuas hati terhadap persetujuan antara Malaysia dan Filipina sebelum ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia bertindak untuk berbincang dengan kumpulan berkenaan supaya meninggalkan kawasan Lahad Datu dalam keadaan aman.

Sumber

PRU-13 : 13,291,385 layak mengundi


Seramai 13,291,385 pemilih layak mengundi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan pada Mac atau April ini. Seramai 2,369,246 daripada jumlah itu pemilih baru berusia 21 hingga 35 tahun, selain sebahagian kecil berusia melebihi 35 tahun tetapi tidak pernah mendaftar sebagai pemilih. 

Daripada keseluruhan jumlah itu, 13,014,973 pengundi biasa, 276,412 pengundi pos, iaitu anggota tentera (161,662), polis (111,767) dan luar negara (2,983). 

Jumlah itu adalah mereka yang mendaftar bagi tempoh suku keempat tahun lalu berakhir 31 Disember 2012 dan sudah menjalani proses pembersihan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak Januari lalu sebelum diwartakan. Pewartaan senarai daftar pemilih terkini akan dibuat hari ini. Jumlah pemilih itu meningkat 2,369,246 orang atau 21.69 peratus berbanding 10,922,139 pemilih pada pilihan raya umum Mac 2008. 

Selangor mencatat jumlah pemilih paling tinggi iaitu seramai 2,051,708 orang, diikuti Johor (1,608,326) dan Perak (1,409,772). Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata lebih dua juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pemilih, iaitu kurang 20 peratus daripada keseluruhan 16 juta yang layak mengundi. 

“Proses pembersihan senarai daftar pemilih dilakukan dari semasa ke semasa kerana setiap hari ada pengundi yang meninggal dunia,” katanya kepada BH di sini, semalam. 

Tempoh Parlimen sekarang berakhir pada 28 April ini dan SPR mempunyai 60 hari selepas dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya. 

Thursday 21 February 2013

MAKING THE LAW MORE RELEVANT































Lahad Datu : HENTIKAN Khabar Angin - Musa Aman


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan khabar angin mengenai pencerobohan lelaki bersenjata Kesultanan Sulu di Lahad Datuk kerana pihak berkuasa cuba melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan proses rundingan.

Beliau berkata, khabar angin itu hanya akan membawa kepada perasaan kurang senang dan menimbulkan kekacauan. "Setiap orang dan saya maksudkan kita semua harus lebih bertanggungjawab," katanya selepas sesi taklimat mengenai situasi di Kampung Tanduo oleh Pesuruhjaya Polis Sabah pada Khamis.

Seramai 150 lelaki bersenjata diketuai oleh Raja Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamallul Kiram III, menceroboh masuk ke perkampungan yang terletak kira-kira 160km dari Lahad Datu sejak 9 Februari lalu. Kumpulan tersebut menuntut supaya mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan komuniti Suluk di Sabah tidak dihantar pulang ke Selatan Filipina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk V K Liew berkata tuntutan kumpulan itu tiada asas. "Berdasarkan fakta sejarah, Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sejak 1930 apabila Filipina menjadi republik. "Dalam hal ini, soal tuntutan tidak timbul sama sekali kerana dinasti tersebut sudah jelas dibubarkan," kata Liew yang juga seorang peguam dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).

Di Manila, media Filipina melaporkan beberapa pegawai Presiden Benigno Aquino telah dihantar untuk memujuk Jamallul Kiram supaya memanggil pulang pengikutnya dari Sabah. SUMBER

Wednesday 20 February 2013

KES Lahad Datu dijangka selesai segera


Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan sekumpulan rakyat Filipina yang menceroboh ke negara ini melalui Kampung Tanduo, di Lahad Datu sejak 12 Feb lalu dijangka ditamatkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

"Kami sedang berusaha ke arah itu (menamatkan konflik)...dan kami sudah buat satu langkah yang terbaik untuk menyelesaikan konflik ini melalui rundingan dan seterusnya mencapai episod yang baik," katanya. Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab polis dalam mengawal insiden seperti ini (pencerobohan) seterusnya menyelesaikannya segera mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Saya mengesahkan keadaan di sana terkawal, kita telah mengambil pelbagai langkah dalam menangani situasi berkenaan...kita sedang mencari solusi terbaik dalam mengusir mereka mengikut perundangan yang ada," katanya.
SUMBER

Tuesday 19 February 2013

KDN Benar Tayang Filem Vishwaroopam



KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kementerian Dalam Negeri bersetuju membenarkan semula tayangan filem Tamil, Vishwaroopam berkuat kuasa hari ini. Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) kementerian itu, Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap berkata, kebenaran itu dibuat dengan syarat pihak pengedar mematuhi sepenuhnya keputusan yang ditetapkan oleh LPF iaitu mengenai potongan tambahan ke atas filem tersebut.

"KDN telah mewujudkan satu panel khas yang terdiri daripada LPF dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengkaji semula filem tersebut daripada pelbagai sudut seperti keagamaan serta keselamatan. "Sebanyak dua sesi perbincangan dan kajian semula diadakan bersama pihak Jakim bagi untuk menilai semula kandungan filem tersebut.

"Pihak Jakim melalui Ketua Pengarahnya telah menyatakan persetujuan untuk KDN membenarkan semula tayangan filem Vishwaroopam setelah berpuas hati dengan potongan-potongan yang telah dilakukan oleh pihak LPF ke atas filem tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Vishwaroopam, merupakan sebuah filem Tamil lakonan Kamal Hassan mencetuskan kontroversi kerana didakwa menghina komuniti Islam. Filem itu ditayangkan pada 24 Januari lepas di negara ini tetapi ditarik balik pada hari berikutnya ekoran satu arahan pihak KDN.

Tambah Raja Azahar, KDN juga dimaklumkan bahawa terdapat inisiatif untuk mengadakan pertemuan antara pihak pengedar filem iaitu Lotus Five Star AV (M) Sdn. Bhd. bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India Muslim di negara ini. Jelas beliau, kata sepakat telah dicapai iaitu tayangan filem tersebut diteruskan dengan syarat potongan ke atas babak yang menyentuh sensitiviti umat Islam dibuat. - UTUSAN

Monday 18 February 2013

Isu Penceroboh di Sabah : KDN Jamin Selesai Cara Baik


KLUANG, 17 Feb - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin proses pengusiran kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau percaya pihak berkuasa termasuk polis mampu menangani kes tersebut dan mereka yang mendakwa sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu akan dapat dihantar pulang ke negara mereka dengan selamat.

"Biar pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab serta berkepakaran selesaikan hal ini tanpa pertumpahan darah.

"Saya tak nak mana-mana pihak terkorban. Mereka juga manusia yang perlu dihormati nyawanya. Jika ada yang terkorban, akhirnya kerajaan dan pihak berkuasa kita juga yang dituduh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Sembrong Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Paloh di sini, Ahad.

Majlis turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk HooSeang Chang; ADUN Kahang R.Vidyanathan dan pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan kerajaan sesekali tidak akanberkompromi berhubung hak, kedudukan dan keselamatan Sabah dan rakyatnya.

"Sehubungan itu, dakwaan mengatakan kerajaan sedang mengatur sesuatu tentangSabah adalah tidak berasas sama sekali," katanya.

Beliau juga sekali lagi memberi jaminan keadaan di Lahad Datu setakat ini terkawal kerana ia bukan melibatkan isu pengganas, keganasan atau militan.

Sumber daripada www.klpos.com

Penceroboh Lahad Datu : KDN pentingkan keselamatan rakyat


Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung isu keselamatan di Sabah dalam kes penahanan sekumpulan warga asing yang cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu 12 Februari lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kerajaan memandang serius hak keselamatan yang melibatkan rakyat di Sabah malah akan memastikan isu tersebut dapat ditangani dengan baik. "Ini (pencerobohan di Lahad Datu) adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Kerajaan sejak awal lagi tidak akan berkompromi dengan hak keselamatan Sabah dan rakyat di Sabah. Kita dalam proses usir mereka yang terlibat balik ke negara asal.

"Saya telah berbincang dengan Menteri Luar pagi tadi dan sedang berhubungan secara terperinci bersama kerajaan Filipina. "Kedua-duanya memaklumkan kepada saya melalui sumber-sumber risikan dan mendapati kumpulan ini bukan kumpulam militan atau penggganas.

"Mereka merupakan penyokong kepada kesultanan Sulu dan harap mereka dapat diusir dalam masa terdekat tanpa pertumpahan darah dan pengorbanan jiwa mana-mana pihak," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Anak Malaysia di sini hari ini.
SUMBER

Sunday 17 February 2013

KDN corak golongan muda ke arah yang baik


Budaya demonstrasi jalanan dengan melakukan keganasan atau 'Arab Spring' dilihat tidak mampu meracuni pemikiran golongan muda untuk turut serta menyertainya.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, budaya Malaysia berbeza dengan negara barat dan dasar-dasar kerajaan mencorakkan transformasi dalam membawa Malaysia ke arah yang lebih baik mampu menafikan agenda jahat sesetengah pihak.

"Kita belajar dari apa yang berlaku di Timur Tengah. Kita tengok pada landskap global yang telah berubah, tengok peranan anak-anak muda, tengok apa transformasi yang kita lakukan. Pada masa sama diimbangi dengan kepentingan nasional dan keselamatan negara.

"Arab Spring itu tidak wujud di Malaysia, sekiranya ada yang merancang, saya harap gerakan sebegini (Jelajah Anak Malaysia) menunjukkan majoriti anak muda dan rakyat Malaysia tidak mahukan situasi seperti di Timur Tengah," - katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Anak Malaysia (Semenanjung) di Putrajaya di sini hari ini.
SUMBER

Friday 15 February 2013

Gelombang Sukarelawan Tangkis aktiviti negatif - Hishammuddin


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menetapkan fokus bagi setiap agensinya untuk menyemarakkan gelombang kesukarelawan justeru menyahut seruan Perdana Menteri untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun sukarelawan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, gelombang kesukarelawan ini mampu menangkis aktiviti negatif yang ditimbulkan sesetengah pihak seperti demonstrasi jalanan, politik kebencian, politik perkauman, serangan peribadi terhadap pemimpin negara atau pentadbiran kerajaan.

“Dalam konteks ini kita perlu terapkan dalam diri generasi muda dengan nilai-nilai positif dan membina. “Ini kerana, kita mahu lahirkan generasi muda yang berjati diri luhur, sayangkan negara dan cintakan keamanan, demi kelangsungan Malaysia yang sejahtera dan harmoni,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Taklimat Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Tambah beliau lagi, KDN telah menetapkan fokus dalam bebrapa bidang kesukarelawan untuk setiap agensi di bawah kementeriannya yang melibatkan jabatan-jabatan pertahanan negara termasuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM), RELA, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Penjara dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.

Beliau yang ditemui melahirkan rasa gembira selepas seramai 664,967 orang diseluruh negara melibatkan diri sebagai sukarelawan JPAM bagi memperkuatkan lagi skuad muda KDN. "Kita harapkan ia adalah sebahagian daripada penggerak dalam skuad muda KDN untuk memastikan gelombang kesukarelaWan yang bersandarkan kepada keamanan sebagai teras gerakan ini dapat diperincikan peranan yang kita mahu ketengahkan JPAM," ujarnya.

Pada majlis itu, beliau turut menerima logo Skuad Muda KDN daripada Akedemi Latihan Pertahanan Awam dan meluangkan masa untuk menanam pokok di sekitar kawasan Akedemi Pertahanan Awam sebagai simbolik Kempen 1 Juta pokok. SUMBER

Thursday 14 February 2013

TRANSFORMASI bergerak baik


Perdana Menteri memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinannya akan berusaha menggerakkan transformasi ekonomi dan politik dengan sebaik mungkin. 

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sedar ada pihak yang meragui transformasi yang dilaksanakan BN tetapi menegaskan perubahan yang dilaksanakan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa atau wujud kelonggaran.

"Saya tahu ada pihak yang masih meragui program transformasi BN, dan saya menganggapnya sebagai cabaran. Ini kerana ia mengingatkan kita bahawa transformasi tidak boleh wujud kelonggaran dan tidak boleh dibuat dengan tergesa-gesa," katanya menerusi surat perutusan Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua Selangor, semalam.

Najib berkata, BN sedar betapa masyarakat Cina meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan dalam melaksanakan transformasi politik dan ekonomi di negara ini.

"Berusaha lebih gigih Saya amat memahami bahawa rakyat Malaysia terutama kaum Cina meletakkan harapan tinggi kepada BN yang saya pimpin.

Harapan itu membuatkan saya dan rakan-rakan dalam BN berusaha dengan lebih gigih untuk menggerakkan transformasi dalam politik dan ekonomi dengan sebaik mungkin.

Harapan Tahun Baru mencerminkan falsafah mendalam bagi masyarakat kaum Cina. Selain kemakmuran dan kesejahteraan hidup, kita semua sentiasa mengharapkan kehidupan tahun ini menjadi lebih harmoni berbanding sebelumnya," katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau menjadikan bapa pembaharuan ekonomi China yang juga bekas pemimpin negara itu, Deng Xiaoping sebagai model dalam melaksanakan transformasi. - SUMBER

Wednesday 13 February 2013

BN Terus Bantu Rakyat!


Kulaijaya: Datuk Seri Najib Razak semalam memberi jaminan kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan BR1M 4.0. Perdana Menteri berkata, BR1M yang memberi manfaat langsung kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang akan diteruskan jika BN terus diberi mandat membela rakyat.

Lebih banyak insentif seperti BRIM akan disalurkan kepada rakyat, jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, katanya. Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi oleh pentadbirannya bukan saja berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa, tetapi menambah pendapatan negara yang membolehkan pelbagai manfaat disalurkan kepada rakyat.

BR1M adalah program denyut nadi rakyat yang inklusif dan adil berbeza dengan janji pembangkang yang hanya menjual janji selain mendidik rakyat melanggar undang-undang menerusi perhimpunan jalanan. BR1M 2.0 banyak beri faedah kepada rakyat tapi pembangkang buat Bersih 1 dan Bersih 2 tapi apa faedah kepada rakyat?. Barisan Nasional buat BR1M 1.0, BR1M 2.0... BR1M 3, BR1M 4 dan banyak lagi dan setiap kali buat BR1M, dia (bantuan) akan tambah lagi... ini bezanya kita (BN) dengan pembangkang, katanya berucap kepada kira-kira 20,000 tetamu yang hadir pada sambutan Tahun Baru Cina peringkat Johor di pekarangan pasar raya Econsave dekat Senai di sini, petang semalam.

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Najib berkata, kerajaan tidak hanya menabur atau menjual janji seperti pakatan pembangkang yang hanya tahu menabur janji untuk memberikan pendidikan percuma, menghapuskan tol serta mengurangkan harga minyak, tanpa menerangkan kesannya kepada rakyat dan negara.



Kerajaan BN tidak main atau jual janji, kita tak janji kalau tak mampu, kata disambut tepukan gemuruh hadirin. Perdana Menteri berkata, sebaliknya kerajaan menumpukan kepada program langsung seperti 139 produk 1Malaysia seperti BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan banyak lagi program bagi membantu rakyat secara langsung selain melaksanakan program transformasi ekonomi.

Najib berkata, pasaran saham negara juga sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan BN, yang akan menyaksikan ia melonjak kepada tahap lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung. Semua akan menerima faedahnya jika kita (rakyat) membuat keputusan tepat, katanya yang menegaskan pelbagai manfaat dinikmati rakyat ketika ini adalah hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang membuktikan kerajaan BN menepati segala janji dibuatnya. - SUMBER

Sunday 10 February 2013

KDN Fokus Pergiat Program Sukarelawan

JOHOR BAHRU 9 Feb - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah telah menetapkan fokus dalam beberapa bidang sukarelawan untuk setiap agensi di bawah KDN bagi menyemarakkan lagi gelombang sukarelawan dalam kalangan warga Kementerian berkenaan.

Menterinya Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ianya sekali gus menyahut seruan Perdana Menteri untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun sukarelawan .


"Kita mahu lahirkan ganerasi muda yang berjati diri luhur, sayangkan negara dan cintakan keamanan demi kelangsungan Malaysia yang sejahtera dan Harmoni."
"Gelombang kesukarelawan seperti ini memberi kesempatan kepada golongan muda untuk menyumbang bakti kepada masayarakat sekali gus menangkis gelombang nagatif yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak seperti demonstrasi jalanan, politik kebencian, politik perkauman, serangan peribadi terhadap pemimpin serta kerajaan dan sebagainya." katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Logo Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Mini KDN Setia Tropica di sini hari ini.

Beliau juga berharap agar anggota URB mampu menjalankan tugas dan kerjasama positif bersama masyarakat.


"Saya dapat melihat kesungguhan setiap anggota URB dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan selain memastikan inisiatif ini memberi impak positif kepada masyarakat."

"Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan anggota URB dari seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mereka dan ini adalah program ketiga saya bersama URB sejak pelancaranya pada Disember lalu." ujarnya.


Pada Majlis tersebut, Hishammuddin berkesempatan melalakukan rondaan di Taman Suria bersama URB dari Balai Polis Majidee bagi melihat sendiri prosedur dan keberkesanan rondaan yang dijalankan.


Ianya melibatkan 74 buah motosikal yang diterima oleh polis Johor 7 buah diagihkan ke JB selatan, JB Utara (7), Seri alam (7), Kulai Jaya (6), Nusajaya (17), Muar (6), Ledang (6), Batu Pahat (6), Kluang (60) dan Segamat (6).

Sumber daripada www.klpos.com

Thursday 7 February 2013

PRU13 - PANDUAN BUAT CALON



Debaran menunggu tarikh pilihan raya akan berakhir tidak lama lagi kerana kerajaan sedia ada akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat pada bila-bila masa sebelum 28 April 2013.

Lebih-lebih lagi mandat Dewan Rakyat akan berakhir pada tarikh yang sama. Ahli politik semua parti sama ada dalam kerajaan atau pembangkang bertanding untuk 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kecuali Sarawak.

Bagaimanapun pasti ada yang terfikir apa keperluan untuk bertanding dalam pilihan raya, terutama Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13), yang akan memperkenalkan beberapa peraturan baharu untuk memastikan lebih ketelusan. Untuk mendidik masyarakat umum dan media, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan sesi taklimat di Bernama pada 17 Januari.

Semasa taklimat itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar membangkitkan beberapa perkara berkaitan calon dan peraturan baharu.

Kelayakan jadi calon 

Antara syarat menjadi calon pilihan raya ialah pastinya seseorang itu warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas.

Calon mestilah tidak tergolong dalam kategori bankrap yang belum dilepaskan dan tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah dalam tempoh lima tahun sebelum ini. Mereka yang tidak dibenarkan bertanding ialah pemegang jawatan dalam perkhimatan kerajaan dan orang yang disahkan tidak siuman. Wan Ahmad berkata, bagi calon yang pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini, calon itu mestilah tidak gagal daripada mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya sebelumnya.

“Sehingga hari ini terdapat lebih 50 calon pilihan raya 2008 yang masih gagal mengemukakan penyata ini. Mereka tahu siapa diri mereka, dan kami tak mahu kejar mereka,” jelas Wan Ahmad. Beliau menambah, kata SPR juga tidak akan mengumumkan nama mereka, demi kebaikan semua pihak.

Penamaan calon

Tiga perkara yang diperlukan ketika membuat permohonan sebagai calon adalah adalah kertas penamaan calon, borang perakuan berkanun serta deposit calon pilihan raya.

Semua ini perlu diserahkan di pusat-pusat penamaan calon yang berkenaan antara pukul 9 pagi dan 10 pagi pada hari penamaan calon. Pegawai pengurus pilihan raya akan menyemak setiap kertas penamaan yang diterima dan akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding sebaik semua urusan semakan selesai.

Untuk PRU13, buat pertama kalinya tidak ada lagi tempoh bantahan dan penarikan balik pencalonan, sesuai dengan peraturan 9, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan)(No.2) 2012 yang berkuat kuasa 27 April 2012. Penyerahan kertas penamaan calon boleh dilakukan dengan tiga cara. Pertama, dengan kehadiran calon, pencadang dan penyokong.

Jika tidak, hanya dua daripada mereka atau seorang daripada mereka perlu hadir untuk membuat serahan permohonan. Borang Akuan Berkanun yang diserahkan mesti sudah dimatikan setem di pejabat duti setem. Borang 5 diguna oleh calon kerusi parlimen manakala borang 5A digunakan untuk calon kerusi Dewan Undangan Negeri.

Deposit 

Perlu diingat, deposit calon pilihan raya adalah berbeza daripada deposit bahan kempen. Deposit bernilai RM10,000 untuk calon kerusi parlimen dan RM5,000 untuk calon kerusi Dun boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau draf bank pada hari pencalonan. Ia juga boleh dibayar lebih awal kepada SPR dan calon hanya perlu membawa resit deposit semasa menyerahkan permohonan menjadi calon. Bagi tujuan kempen, calon-calon perlu membayar deposit bahan kempen bernilai RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dun.

Untuk pemasangan poster pula, calon-calon perlu berurusan dengan pihak berkuasa tempatan. Kelulusan pihak polis juga perlu untuk mengadakan ceramah terbuka. “Ingin saya jelaskan di sini, wang ini yang akan digunakan sebagai peruntukan pembersihan semula kawasan kempen sekiranya mereka (calon-calon) gagal berbuat demikian,” katanya menjawab tentang kegunaan dana berkenaan.

Isu bahan kempen

Satu ‘tradisi’ dalam pilihan raya adalah kecaman terhadap SPR kerana bertindak menurunkan poster, bendera, kain rentang, sepanduk atau lain-lain bahan kempen yang dipasang. “Yang menjadi isu selama ini ialah bila banyak pihak tidak faham peraturan pilihan raya.

Mengikut peraturan, hanya bahan kempen parti yang bertanding di kawasan itu sahaja boleh dipasang. Jadi bila ada parti yang tidak bertanding di kawasan itu turut menaikkan bahan kempen mereka, SPR perlu menguatkuasakan undang-undang,” jelas Wan Ahmad.

Tambah beliau, kes ini sering berlaku bila beberapa parti politik yang mahu dilihat bergerak sebagai sebuah perikatan, tetapi sebenarnya masih bergerak atas kapasiti sendiri. “Yang bertanding cuma satu parti, tapi kenapa bahan kempen yang naik daripada macam-macam parti?” soal beliau.

Sering kali, petugasn SPR menjadi mangsa kemarahan pihak yang terlibat, sehingga membahayakan keselamatan mereka. “Dalam satu kes, kakitangan kami dikepung oleh penyokong-penyokong parti berkenaan hingga pukul empat pagi, sehingga SPR terpaksa meminta bantuan polis untuk menyelamatkan mereka,” jelasnya lagi.

Sebagai alternatif, beliau menasihatkan parti-parti politik yang ingin bergerak sebagai sebuah perikatan agar mendaftarkan perikatan mereka dengan SPR. Setelah menjadi satu perikatan yang sah, mereka boleh menggunakan satu logo yang seragam demi kebaikan semua pihak, terutama pengundi.

Susun atur tempat mengundi 

Demi memastikan ketelusan perjalanan PRU13, SPR telah mengubah suai kedudukan Ejen Tempat Mengundi (ETM), untuk membolehkan mereka memerhatikan perjalanan pengundian dengan lebih teliti. ETM diletakkan pada kedudukan yang membolehkannya melihat pengundi masuk dan bergerak ke Kerani Pengundian (KP) satu, dua dan tiga.

Dalam kedudukan ini, ETM boleh melihat pengundi berdiri di hadapan KP dua untuk dicalit jarinya dengan dakwat kekal. Seterusnya, ETM boleh melihat dengan jelas pergerakan pengundi pergi ke petak undi dan akhirnya mememasukkan kertas undi ke dalam peti undi.

Tambah Wan Ahmad, diharapkan dengan penamabahbaikan ini, dapat memuaskan hati parti-parti yang bertanding bahawa PRU dijalankan degan adil dan telus.

Tidak perlu ragu 

Perjalanan PRU yang pantas dari saat mula proses pengundian sehinggalah pengumuman pemenang pilihan raya tidak mungkin mengizinkan sebarang kemungkinan penipuan berlaku.

“Kita tiada ada masa, ruang atau peluang untuk menjadikan PRU 13 tidak telus. Saya cabar mana-mana pihak yang ragu dengan SPR untuk mengemukakan bukti mereka,” tegas Wan Ahmad. Beliau turut berkata sistem pilihan raya di Malaysia juga telah menjadi contoh kepada banyak negara lain di dunia, seperti Mali, Uzbekistan, Tajikistan, Timur Timor (Timur Leste) dan Kemboja yang belajar cara pelaksanaannya di Malaysia.

“Pilihan raya kita, siang mengundi, malam sudah dapat keputusan penuh. Di sesetengah negara jiran, ia mengambil masa berminggu-minggu, bahkan ada yang makan masa berbulan-bulan,” jelas beliau. Pada PRU13, keputusan pilihan raya pertama dijangka dapat diumumkan seawal pukul 7 malam. SPR juga telah membina aplikasi komputer yang bakal melancarkan lagi proses menganalisis perjalanan pilihan raya di seluruh negara. - Bernama

Wednesday 6 February 2013

Dapatkan Berita Eksklusif PRU13 Parlimen Sembrong!!!


Untuk mendapatkan berita-berita terkini mengenai pilihanraya umum yang ke 13 (PRU13) akan datang, eksklusif untuk Parlimen Sembrong, teruskan membaca blog ini!