Friday 15 February 2013

Gelombang Sukarelawan Tangkis aktiviti negatif - Hishammuddin


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menetapkan fokus bagi setiap agensinya untuk menyemarakkan gelombang kesukarelawan justeru menyahut seruan Perdana Menteri untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun sukarelawan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, gelombang kesukarelawan ini mampu menangkis aktiviti negatif yang ditimbulkan sesetengah pihak seperti demonstrasi jalanan, politik kebencian, politik perkauman, serangan peribadi terhadap pemimpin negara atau pentadbiran kerajaan.

“Dalam konteks ini kita perlu terapkan dalam diri generasi muda dengan nilai-nilai positif dan membina. “Ini kerana, kita mahu lahirkan generasi muda yang berjati diri luhur, sayangkan negara dan cintakan keamanan, demi kelangsungan Malaysia yang sejahtera dan harmoni,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Taklimat Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Tambah beliau lagi, KDN telah menetapkan fokus dalam bebrapa bidang kesukarelawan untuk setiap agensi di bawah kementeriannya yang melibatkan jabatan-jabatan pertahanan negara termasuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM), RELA, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Penjara dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.

Beliau yang ditemui melahirkan rasa gembira selepas seramai 664,967 orang diseluruh negara melibatkan diri sebagai sukarelawan JPAM bagi memperkuatkan lagi skuad muda KDN. "Kita harapkan ia adalah sebahagian daripada penggerak dalam skuad muda KDN untuk memastikan gelombang kesukarelaWan yang bersandarkan kepada keamanan sebagai teras gerakan ini dapat diperincikan peranan yang kita mahu ketengahkan JPAM," ujarnya.

Pada majlis itu, beliau turut menerima logo Skuad Muda KDN daripada Akedemi Latihan Pertahanan Awam dan meluangkan masa untuk menanam pokok di sekitar kawasan Akedemi Pertahanan Awam sebagai simbolik Kempen 1 Juta pokok. SUMBER

No comments:

Post a Comment