Thursday 14 February 2013

TRANSFORMASI bergerak baik


Perdana Menteri memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinannya akan berusaha menggerakkan transformasi ekonomi dan politik dengan sebaik mungkin. 

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sedar ada pihak yang meragui transformasi yang dilaksanakan BN tetapi menegaskan perubahan yang dilaksanakan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa atau wujud kelonggaran.

"Saya tahu ada pihak yang masih meragui program transformasi BN, dan saya menganggapnya sebagai cabaran. Ini kerana ia mengingatkan kita bahawa transformasi tidak boleh wujud kelonggaran dan tidak boleh dibuat dengan tergesa-gesa," katanya menerusi surat perutusan Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua Selangor, semalam.

Najib berkata, BN sedar betapa masyarakat Cina meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan dalam melaksanakan transformasi politik dan ekonomi di negara ini.

"Berusaha lebih gigih Saya amat memahami bahawa rakyat Malaysia terutama kaum Cina meletakkan harapan tinggi kepada BN yang saya pimpin.

Harapan itu membuatkan saya dan rakan-rakan dalam BN berusaha dengan lebih gigih untuk menggerakkan transformasi dalam politik dan ekonomi dengan sebaik mungkin.

Harapan Tahun Baru mencerminkan falsafah mendalam bagi masyarakat kaum Cina. Selain kemakmuran dan kesejahteraan hidup, kita semua sentiasa mengharapkan kehidupan tahun ini menjadi lebih harmoni berbanding sebelumnya," katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau menjadikan bapa pembaharuan ekonomi China yang juga bekas pemimpin negara itu, Deng Xiaoping sebagai model dalam melaksanakan transformasi. - SUMBER

No comments:

Post a Comment