Wednesday 13 February 2013

BN Terus Bantu Rakyat!


Kulaijaya: Datuk Seri Najib Razak semalam memberi jaminan kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan BR1M 4.0. Perdana Menteri berkata, BR1M yang memberi manfaat langsung kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang akan diteruskan jika BN terus diberi mandat membela rakyat.

Lebih banyak insentif seperti BRIM akan disalurkan kepada rakyat, jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, katanya. Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi oleh pentadbirannya bukan saja berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa, tetapi menambah pendapatan negara yang membolehkan pelbagai manfaat disalurkan kepada rakyat.

BR1M adalah program denyut nadi rakyat yang inklusif dan adil berbeza dengan janji pembangkang yang hanya menjual janji selain mendidik rakyat melanggar undang-undang menerusi perhimpunan jalanan. BR1M 2.0 banyak beri faedah kepada rakyat tapi pembangkang buat Bersih 1 dan Bersih 2 tapi apa faedah kepada rakyat?. Barisan Nasional buat BR1M 1.0, BR1M 2.0... BR1M 3, BR1M 4 dan banyak lagi dan setiap kali buat BR1M, dia (bantuan) akan tambah lagi... ini bezanya kita (BN) dengan pembangkang, katanya berucap kepada kira-kira 20,000 tetamu yang hadir pada sambutan Tahun Baru Cina peringkat Johor di pekarangan pasar raya Econsave dekat Senai di sini, petang semalam.

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Najib berkata, kerajaan tidak hanya menabur atau menjual janji seperti pakatan pembangkang yang hanya tahu menabur janji untuk memberikan pendidikan percuma, menghapuskan tol serta mengurangkan harga minyak, tanpa menerangkan kesannya kepada rakyat dan negara.



Kerajaan BN tidak main atau jual janji, kita tak janji kalau tak mampu, kata disambut tepukan gemuruh hadirin. Perdana Menteri berkata, sebaliknya kerajaan menumpukan kepada program langsung seperti 139 produk 1Malaysia seperti BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan banyak lagi program bagi membantu rakyat secara langsung selain melaksanakan program transformasi ekonomi.

Najib berkata, pasaran saham negara juga sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan BN, yang akan menyaksikan ia melonjak kepada tahap lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung. Semua akan menerima faedahnya jika kita (rakyat) membuat keputusan tepat, katanya yang menegaskan pelbagai manfaat dinikmati rakyat ketika ini adalah hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang membuktikan kerajaan BN menepati segala janji dibuatnya. - SUMBER

No comments:

Post a Comment