Sunday 17 February 2013

KDN corak golongan muda ke arah yang baik


Budaya demonstrasi jalanan dengan melakukan keganasan atau 'Arab Spring' dilihat tidak mampu meracuni pemikiran golongan muda untuk turut serta menyertainya.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, budaya Malaysia berbeza dengan negara barat dan dasar-dasar kerajaan mencorakkan transformasi dalam membawa Malaysia ke arah yang lebih baik mampu menafikan agenda jahat sesetengah pihak.

"Kita belajar dari apa yang berlaku di Timur Tengah. Kita tengok pada landskap global yang telah berubah, tengok peranan anak-anak muda, tengok apa transformasi yang kita lakukan. Pada masa sama diimbangi dengan kepentingan nasional dan keselamatan negara.

"Arab Spring itu tidak wujud di Malaysia, sekiranya ada yang merancang, saya harap gerakan sebegini (Jelajah Anak Malaysia) menunjukkan majoriti anak muda dan rakyat Malaysia tidak mahukan situasi seperti di Timur Tengah," - katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Anak Malaysia (Semenanjung) di Putrajaya di sini hari ini.
SUMBER

No comments:

Post a Comment