Saturday 23 February 2013

Permintaan Filipina - KDN Serah kepada Wisma Putra


Keputusan akan diserahkan kepada pihak Wisma Putra berhubung permintaan kerajaan Filipina yang meminta agar tarikh akhir kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu meninggalkan Kampung Tanduo, Lahad Datu dilanjutkan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,pihaknya dimaklumkan berhubung perkara tersebut oleh Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Anifah Aman.

"Namun begitu, pihak kementerian akan menyerahkan kepada pihak polis untuk melancarkan operasi bagi menamatkan konflik tersebut. "Kedaulatan negara dan maruah rakyat Sabah tidak perlu dipandang ringan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jentera parti Barisan Nasional (BN) Sembrong di sini hari ini. Sebelum ini, KDN telah memberi jaminan proses pengusiran kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu akan dilakukan dengan selamat. 

Beliau berkata, proses pengusiran itu akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan tiada pertumpahan darah berlaku di antara pihak berkuasa dengan kumpulan tersebut. SUMBER

No comments:

Post a Comment