Friday 22 February 2013

Dalang Isu Di Lahad Datu : Anwar Nafi Laporan Reuters


KUALA LUMPUR 22 Feb - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan agensi media antarabangsa Reuters yang mendakwa beliau menjemput 150 penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mencetuskan ketegangan di Sabah.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pembangkang menuding jari kepada UMNO dengan menyatakan kenyataan tersebut bukan dari Rueters tetapi daripada UMNO.

"Itu kenyataan UMNO bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu UMNO punya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Institut Rakyat di sini, semalam.

Beliau kemudiannya enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut. Sebelum ini Reuters melaporkan kenyataan oleh salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut setelah mendapat jemputan dari pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

Menurut laporan itu lagi, kumpulan bersenjata tersebut mencetuskan ketegangan berikutan tidak berpuas hati terhadap persetujuan antara Malaysia dan Filipina sebelum ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia bertindak untuk berbincang dengan kumpulan berkenaan supaya meninggalkan kawasan Lahad Datu dalam keadaan aman.

Sumber

No comments:

Post a Comment