Friday 5 April 2013

TERUS BERI MANDAT KEPADA BN - TPM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyeru agar rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut Muhyiddin, jika rakyat terus memberi mandat kepada BN,agenda nasib membela rakyat dapat diteruskan tanpa mengira calon parti yang akan diketengahkan agar mereka dapat meneruskan dasar menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

"Tak kira siapa calonnya, pergilah mengundi dan beri sokongan kepada BN. Yang penting, BN menang. Jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang. Katanya kita (BN) parti tua. Mereka keluar slogan 'tukar'.

"Tetapi rakyat tahu bahawa walaupun bertahun kita mentadbir negara, BN bukan parti tua. Kita lebih bertenaga dan ada wawasan serta memahami kehendak semua rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasah Islahiyah Addiniyah di Wangsa Maju di sini. Pada majlis itu, kira-kira 50 individu berkumpul di luar sekolah agama itu dengan memegang sepanduk menyokong Datuk Shafei Abdullah sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Wangsa Maju. 

Mengulas mengenai perkara itu, Muhyiddin berkata 'Terdapat sepanduk di hadapan saya. Saya boleh melihat mesej itu amat jelas. "Sekiranya Datuk Shafei adalah calon (untuk Wangsa Maju), itu pun ok," katanya. SUMBER

No comments:

Post a Comment