Monday 8 April 2013

1.6 Juta Layak Mengundi di Johor


JOHOR BAHRU 8 April - Seramai 1.6 juta pemilih di negeri ini layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu peningkatan sebanyak 18.75 peratus berbanding 1.3 juta orang pada pilihan raya umum 2008.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Rokiah Hanum Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, kawasan Parlimen Gelang Patah mencatatkan pengundi teramai iaitu 106,864 pengundi, diikuti Pasir Gudang dengan 101,121 pengundi dan Pulai seramai 100,695 pengundi. Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Parlimen Pulai mencatatkan jumlah pengundi paling ramai di Johor iaitu sebanyak 79,622 pemilih, diikuti Gelang Patah (78,676) dan Parlimen Pasir Gudang (72,862).


"Daripada jumlah tersebut, seramai 1.6 pemilih dikenal pasti menjadi pemilih biasa iaitu yang boleh hadir ke pusat-pusat pembuangan undi, manakala seramai 25,224 orang merupakan pemilih yang boleh mengundi menerusi undi pos.

"Pemilih tidak hadir terdiri daripada 13,663 anggota tentera, 11,237 polis dan 324 pegawai-pegawai kedutaan yang berkhidmat di luar negara. Jumlah tersebut merangkumi pasangan masing-masing iaitu suami atau isteri," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. Selanjutnya

No comments:

Post a Comment