Monday 15 April 2013

Enam perkara teras diberi tumpuan capai matlamat Esscom


Kerajaan akan memberi tumpuan utama kepada enam perkara teras dalam pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memastikan keamanan serta keselamatan negara dalam jangka masa pendek dan panjang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara paling utama yang akan diberi perhatian ialah memperkukuhkan risikan dan rangkaian risikan termasuk kerjasama dua hala dengan agensi risikan luar seperti Aseanapol dan Interpol.

"Perkara kedua yang diberi tumpuan meliputi aspek pengawasan pantai yang akan dilengkapi teknologi terkini melibatkan pengawasan bersama tiga agensi keselamatan iaitu Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Perkara ketiga dan keempat ialah bagaimana kita dapat menyekat apa sahaja kumpulan yang cuba menceroboh negara sama ada di peringkat perairan luar atau pun di sungai-sungai kita dan di darat," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. Tambah Hishammuddin, perkara seterusnya yang akan diberi tumpuan ad
alah pelaksanaan undang-undang yang telus dan juga penglibatan masyarakat sebagai mata serta telinga pihak keselamatan.

"Kita akan melaksanakan undang-undang tanpa memilih bulu dan kalau kita tengok pegawai polis sendiri telah pun didakwa baru-baru ini kerana hal berhubung kait keselamatan.

Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, komitmen kerajaan dalam aspek keselamatan dan kedaulatan negara amat jelas dan memberi mesej kepada dunia bahawa kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi menjamin keselamatan negara.

Menurutnya, ini dapat dilihat dengan penubuhan Esscom yang dilakukan dalam masa yang singkat untuk memastikan keamanan negara dan keselamatan rakyat sentiasa terjamin.

Sementara itu, beliau berkata, dalam memastikan Esscom dapat terus dilaksanakan dengan lebih berkesan di masa hadapan, rakyat negeri ini diminta terus memberi mandat besar kepada kerajaan BN.

"Dalam masa pilihan raya ini saya akan terus memantau dan selepas pilihan raya insya-Allah, dengan sokongan padu rakyat khususnya di Sabah, kita akan lihat rancangan untuk 10 daerah dan seluruh negeri Sabah dari segi menangani ancaman-ancaman," ujarnya.

Sumber

No comments:

Post a Comment