Wednesday, 24 April 2013

SPR sahkan tiada profil berulang dalam daftar pemilih



Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya wujud pengundi yang didaftarkan berulang kali di pusat-pusat mengundi yang berbeza.

Melalui satu kenyataan, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menegaskan bahawa pengenalan diri pengundi dalam daftar SPR adalah berdasarkan nombor kad pengenalan dan bukannya ejaan nama.

“SPR menyedari bahawa, jika pengenalan diri pengundi dilakukan berdasarkan nama, ia akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan berbeza,” jelas Kamaruddin.

Dalam satu kes, profil pengundi bernama Ab Rapar bin Awang menjadi hangat di laman-laman sosial kerana didakwa telah didaftarkan untuk tiga pusat mengundi yang berbeza.

Hasil siasatan SPR mendapati bahawa memang terdapat tiga rekod dengan ejaan yang sama dalam Daftar Pemilih untuk nama ini tetapi kesemuanya mempunyai nombor kad pengenalan, gambar dan cap jari yang berbeza.     

Hal sama turut berlaku kepada beberapa profil pengundi yang lain seperti nama Ismail bin Ibrahim (1,507 nama), Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama), Ismail bin Ahmad (1,368 nama) dan Azizah binti Ahmad (1,039 nama).

Semakan SPR terhadap nama-nama ini mendapati semuanya mempunyai nombor dan gambar berbeza pada kad pengenalan mereka, mengesahkan mereka semua adalah individu berbeza.

“...jika ada pihak yang mendakwa nama yang sama ini merujuk kepa

Dalam perkembangan lain, SPR memaklumkan bahawa dakwat kekal yang digunakan bagi pengundian awal adalah berbeza dengan dakwat yang digunakan untuk hari pengundian sebenar bagi mengelak percubaan mana-mana individu untuk mengundi lebih daripada sekali.

SPR turut menyeru mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara mencurigakan dalam Daftar Pemilih untuk menghubungi SPR Call Centre di talian +603-8885 6565.
da individu yang sama maka dakwaan itu tidak benar...begitu juga jika ada yang mendakwa individu ini boleh mengundi lebih dari sekali juga adalah tidak benar,” jelas Kamaruddin lagi.

No comments:

Post a Comment