Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini adalah medan ujian kepada kesetiaan ahli Barisan Nasional (BN) negeri Johor, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Sembrong berkata, PRU-13 itu juga adalah yang paling mencabar bagi BN negeri berikutan tumpuan pihak pakatan pembangkang yang membawa masuk ramai calon dari luar untuk bertanding di negeri itu.
"Ini bukan sekadar cabaran yang kuat tetapi juga ujian untuk merapatkanbarisan kita bagi menunjukkan kesetiaan kepada parti," katanya selepas Majlis pelancaran Manifesto BN Johor dan penyerahan watikah calon PRU-13 di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata, pilihan raya kali ini melebihi kepentingan mana-mana individu atau kumpulan tertentu dan ia merupakan masa untuk memastikan kemenangan parti bagi membuktikan Johor adalah tiang seri BN.
Selanjutnya
No comments:
Post a Comment