Monday, 18 February 2013
Penceroboh Lahad Datu : KDN pentingkan keselamatan rakyat
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung isu keselamatan di Sabah dalam kes penahanan sekumpulan warga asing yang cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu 12 Februari lepas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kerajaan memandang serius hak keselamatan yang melibatkan rakyat di Sabah malah akan memastikan isu tersebut dapat ditangani dengan baik. "Ini (pencerobohan di Lahad Datu) adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
Kerajaan sejak awal lagi tidak akan berkompromi dengan hak keselamatan Sabah dan rakyat di Sabah. Kita dalam proses usir mereka yang terlibat balik ke negara asal.
"Saya telah berbincang dengan Menteri Luar pagi tadi dan sedang berhubungan secara terperinci bersama kerajaan Filipina. "Kedua-duanya memaklumkan kepada saya melalui sumber-sumber risikan dan mendapati kumpulan ini bukan kumpulam militan atau penggganas.
"Mereka merupakan penyokong kepada kesultanan Sulu dan harap mereka dapat diusir dalam masa terdekat tanpa pertumpahan darah dan pengorbanan jiwa mana-mana pihak," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Anak Malaysia di sini hari ini.
SUMBER
Labels:
BN,
HISHAMMUDDIN,
KDN,
Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment