Tuesday 30 April 2013

PRU13 : Dapatkan Keputusan daripada SPR sahaja


Orang ramai perlu mendapatkan keputusan muktamad pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saja dan tidak bersandarkan maklumat tidak sahih dikeluarkan pihak lain.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sekali gus mengingatkan ejen parti politik yang berada di pusat pengiraan undi, supaya tidak menyebarkan maklumat berhubung keputusan PRU13 sebelum ia diumumkan SPR, bagi mengelak kekeliruan.

"Langkah menyebarkan maklumat sedemikian bukan saja boleh mengganggu perjalanan pilihan raya, malah akan menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap maklumat berkenaan. 

"Maklumat keputusan pilihan raya hanya akan diumumkan oleh SPR. Tunggu keputusan muktamad daripada SPR," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Kem Wardieburn, Jalan Genting Kelang dan Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini hari ini. KLIK

Monday 29 April 2013

Utamakan Rakyat, JANJI BN ditepati !!!



Perlaksanaan Pelan Tranformasi Negara (GTP) adalah antara dasar kerajaan bercorak positif yang berkembang dalam usaha penambaikan.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, konsep GTP yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu antara lain mementingkan keutamaan rakyat bahkan ia juga sebagai sebuah janji yang ditepati.

"Pusat Transformasi Luarbandar (RTC) ini bukti landskap baru di Kahang. Inilah agenda transformasi nasional untuk rakyat.

"Janji ditepati, bukan retorik semata-mata seperti pembangkang," katanya dalam ucapan Perasmian RTC di Kg Contoh, Kahang disini hari ini.


Sunday 28 April 2013

Jangan Mudah Terpedaya dengan pembangkang!


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan sifat pembangkang hanya masuk ke kawasan yang mereka jarang lawati pada ketika kempen pilihanraya adalah untuk meraih undi semata-mata.

"Jangan dikaburi dan terpedaya dengan orang (pembangkang) yang datang sekali dalam masa lima tahun (kempen)," katanya ketika berucap pada majlis bersama penduduk di Restoran Shuan Xi, dekat Paloh sini hari ini.

Hadir sama calon Barisan Nasional (BN) Dun Paloh, Teoh Yap Kun dan bekas penyandang kerusi sama, Ho Seong Chang. Parti DAP yang didominasi kaum Cina dalam kempennya untuk PRU13 kali ini menyeru rakyat untuk menukar kerajaan sedia ada (BN) menerusi slogan 'Ubah'.

Bidas Hishammuddin, pembangunan di kebanyakkan tempat adalah atas usaha, keprihatinan dan ketelusan kerajaan BN bersandarkan konsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Seterusnya...

Friday 26 April 2013

Polis Sabah Undi Pos hari ini


Seramai 1,506 pegawai dan anggota polis Sabah mengundi secara pos bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hari ini.

Jurucakap Pilihan Raya Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) Sabah, Superintendan Azhar Hamin berkata, daripada jumlah itu, seramai 588 pegawai dan anggota polis yang bertugas di IPK Sabah mengundi bagi kawasan Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayan di sini.

KLIK

Thursday 25 April 2013

Jangan Cemar Amalan Demokrasi dalam Berkempen


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan kejadian letupan di Nibong Tebal, Pulau Pinang dilakukan pihak tertentu yang cuba mencemarkan proses Pilihan Raya Umum ke-13 dengan membawa masuk keganasan atas nama politik.

Katanya perbuatan itu adalah serius dan boleh mencetuskan ketegangan tatkala rakyat sedang bersedia membuang undi pada 5 Mei ini.

"Ada had dan batasan dalam kita nak berpolitik. Ada had dan batasan untuk menuding jari terhadap orang lain. Ada had dan batasan nak dapat simpati daripada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Sekampung di Felda Kahang Timur di sini hari ini.

Sumber

PRU13 - Tolak Politik Ganas



Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan pihak tertentu mencetuskan beberapa kejadian sehingga mencemarkan kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Merujuk kepada kejadian letupan di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal, dan Bilik Gerakan BN di Sekinchan yang dilempar bom petrol, Perdana Menteri berkata, ia boleh dielakkan jika semua pihak mengawal perasaan serta berkempen secara sihat.

Sepatutnya tak berlaku. Kita boleh bersaing tetapi biarlah secara sihat. (Semua pihak) kena menunjukkan amalan demokrasi yang boleh dijadikan teladan kepada orang lain. Saya kesal dengan kejadian yang berlaku dan berharap semua pihak membendung perasaan supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini, katanya selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini, semalam.

Wednesday 24 April 2013

PRU13 - VIDEO : Seminggu menjelang pembuangan undi

SPR sahkan tiada profil berulang dalam daftar pemilih



Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya wujud pengundi yang didaftarkan berulang kali di pusat-pusat mengundi yang berbeza.

Melalui satu kenyataan, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menegaskan bahawa pengenalan diri pengundi dalam daftar SPR adalah berdasarkan nombor kad pengenalan dan bukannya ejaan nama.

“SPR menyedari bahawa, jika pengenalan diri pengundi dilakukan berdasarkan nama, ia akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan berbeza,” jelas Kamaruddin.

Dalam satu kes, profil pengundi bernama Ab Rapar bin Awang menjadi hangat di laman-laman sosial kerana didakwa telah didaftarkan untuk tiga pusat mengundi yang berbeza.

Hasil siasatan SPR mendapati bahawa memang terdapat tiga rekod dengan ejaan yang sama dalam Daftar Pemilih untuk nama ini tetapi kesemuanya mempunyai nombor kad pengenalan, gambar dan cap jari yang berbeza.     

Hal sama turut berlaku kepada beberapa profil pengundi yang lain seperti nama Ismail bin Ibrahim (1,507 nama), Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama), Ismail bin Ahmad (1,368 nama) dan Azizah binti Ahmad (1,039 nama).

Semakan SPR terhadap nama-nama ini mendapati semuanya mempunyai nombor dan gambar berbeza pada kad pengenalan mereka, mengesahkan mereka semua adalah individu berbeza.

“...jika ada pihak yang mendakwa nama yang sama ini merujuk kepa

Dalam perkembangan lain, SPR memaklumkan bahawa dakwat kekal yang digunakan bagi pengundian awal adalah berbeza dengan dakwat yang digunakan untuk hari pengundian sebenar bagi mengelak percubaan mana-mana individu untuk mengundi lebih daripada sekali.

SPR turut menyeru mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara mencurigakan dalam Daftar Pemilih untuk menghubungi SPR Call Centre di talian +603-8885 6565.
da individu yang sama maka dakwaan itu tidak benar...begitu juga jika ada yang mendakwa individu ini boleh mengundi lebih dari sekali juga adalah tidak benar,” jelas Kamaruddin lagi.

Tuesday 23 April 2013

Tanding Bebas, Khianati parti atau strategi?

Mengikut pada buku disiplin Umno, BN, jelas mana-mana yang khianat pada parti akan dikenakan tindakan tegas, antara lain, dipecat.

Apa yang hangat diperkatakan sekarang ialah ahli yang bertanding atas tiket bebas pada PRU13.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun menjelaskan dengan tegas berhubung perkara ini.

Ia turut disokong oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin juga mencabar DAP, yang mana ahli mereka juga ramai yang bertanding atas tiket Bebas. Kononnya DAP begitu pandang berat mengenai status parti mereka.

Petikan media : 
"Hishammuddin cabar DAP pecat ahli mereka yang tanding Bebas"

Keesokan harinya, Karpal Sigh mengumumkan pemecatan ahli mereka.
Jenice Lee, antara nama yang dipecat.

Tetapi perkara ini tidak dipersetujui rakan mereka, parti PKR.
Kerana bagi PKR, tanding Bebas atau khianati parti adalah satu strategi.

Petikan media :

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding sebagai calon Bebas, tidak akan dipecat kerana pertandingan sedemikian adalah strategi parti itu pada Pilihan Raya Umum kali ini.

Menegaskan demikian, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, berkata tindakan Timbalan Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohd Yunus, bertanding Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, adalah atas "arahan parti".

Monday 22 April 2013

Masyarakat Asli SETIA bersama BN


Kepercayaan dan keyakinan penduduk di Pengkalan Tereh terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) dilihat tetap utuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pembangkang dilihat tidak mampu untuk menembusi kawasan terbabit kerana masyarakat setempat terus yakin terhadap kepimpinan parti komponen BN.

"Pengkalan Tereh antara kawasan peti undi yang paling setia kepada BN." katanya ketika berucap dalam Program Mesra Rakyat bersama Masyarakat Orang Asli di sini, hari ini.



Beliau yang juga calon BN bagi Parlimen Sembrong menjelaskan, BN mentadbir negara berlandaskan acuan gagasan 1Malaysia yang menjurus kearah perpaduan sejagat dengan menolak sebarang diskriminasi terhadap satu-satu kaum.

"Masyarakat Orang Asli juga berbaris sebaris dengan kita dan diberi peluang sama rata dengan kaum-kaum lain," katanya lagi.

SUMBER

Sunday 21 April 2013

PRU13 : Pakatan Rakyat Kacau Bilau


Pertembungan antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Labuan dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama membuktikan pakatan pembangkang tidak sepakat dan hanya tamakan kuasa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perpecahan dalam kalangan pakatan pembangkang itu jelas apabila mereka tidak menemui jalan penyelesaian sehingga hari penamaan calon semalam.

"Saya yakin dengan apa yang telah berlaku semalam iaitu pertembungan sesama sendiri antara PKR dan Pas, ia membuktikan tentang kerakusan, ketamakan dan keegoan pembangkang untuk diri sendiri dan bukan dalam satu pakatan.

"Perpecahan dalam kalangan pakatan pembangkang bukan setakat itu, sebaliknya turut berlaku dalam DAP apabila ramai bekas wakil rakyatnya bertindak bertanding atas tikat Bebas di kawasan tertentu selepas kecewa dengan pucuk pimpinan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Wakil Pusat Daerah Mengundi (PDM) Cawangan Taman Puteri di Kampung Pekan Gajah, di sini hari ini yang turut dihadiri calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Teoh Yap Kun dan DUN Kahang, R. Vidyanathan.

SUMBER

VIDEO : Hishammuddin GEGAR Pekan Kahang


Hishammuddin bersama calon BN bagi DUN Kahang, R Vidyanathen a/l Ramanathan dan DUN Paloh Teoh Yap Kun 'Walkabout' beramah mesra bersama penduduk di Pekan Kahang. 

Lihat saja raut wajah peniaga-peniaga di pekan Kahang ini yang cukup gembira dengan kehadiran Hishammuddin dan barisan komponen BN. 

Ternyata pentadbiran BN selama ini dikawasan mereka amat dialu-alukan. 
Jadi apa guna untuk 'UBAH'? Sudah pasti jawapannya, tidak perlu 'UBAH'! 

Biarkan transformasi nasional terus mengorak baik di kawasan Parlimen Sembrong bahkan juga di seluruh Malaysia! 

1Malaysia, 
Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan

 

'AKU JANJI' BN adalah yang TERBAIK!


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengulangi sekali lagi 'Aku Janji' Barisan Nasional (BN) di hadapan penduduk Kahang, Johor.

Menurut beliau, pembangunan dalam negara hanya mampu dilaksanakan BN tanpa perlu diubah kepada mana-mana kerajaan lain yang belum tentu dapat membawa negara ke arah yang lebih baik.

"Saya Aku Janji sekali lagi, jika diberi mandat kita akan terus bersama-sama rakyat dalam membangunkan kawasan ini."

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika Program merasmikan Pecah Tanah Dewan Sri Lukut, Kahang di sini hari ini. Ianya merupakan program pertama beliau selepas selesai menjalani proses penamaan calon pagi tadi.

Baca Seterusnya Disini...

Saturday 20 April 2013

Tiada Calon PAS di Sembrong, Paloh dan Kahang



Kerusi Parlimen Sembrong, Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh dan Kahang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Rakyat dengan tiada pencalonan daripada parti PAS.

Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang bertugas mengesahkan menerima kertas pencalonan yang tamat pada jam 10 pagi di Dewan Kejora Taman Sri Lambak, Kluang.

Calon Barisan Nasional (BN) menyerahkan kertas pencalonan pada jam 9.02 pagi diikuti calon PR, 9.20 pagi.

Berikut merupakan senarai nama calon di 3 kerusi terbabit.

CALON
P153 Parlimen Sembrong :
Hishammuddin Tun Hussein (BN)
Onn Abu Bakar (PKR)

N30 DUN Paloh :
Teoh Yap Kun (BN)
R Shanker a/l Rengganathan (DAP)

N31 DUN Kahang :
R Vidyanathen a/l Ramanathan (BN)
Hamdan Basiran (PKR)

Proses penamaan calon berakhir sedikit lewat berbanding kawasan lain dengan penyokong kedua-dua parti tidak berganjak sejak pagi tadi walaupun cuaca mula terik menjelang tengah hari.

Suasana di sekitar kawasan tersebut agak riuh rendah tetapi masih terkawal dengan pengawasan pihak polis dan tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.

SPR menetapkan 30 April 2013 untuk tarikh pengundian awal dan 5 Mei 2013 untuk mengundi.
SUMBER

Wednesday 17 April 2013

100 Ribu Polis Pastikan Kelancaran Proses Penamaan Calon



Lebih 100,000 anggota polis akan ditempatkan di pusat penamaan calon seluruh negara Sabtu ini bagi memastikan keadaan di kawasan terbabit terkawal tanpa berlaku sebarang kekecohan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, beliau telah mengarahkan semua ketua polis daerah untuk membuat persiapan yang rapi bagi memastikan proses tersebut berjalan dengan lancar dan aman.

"Selain daripada kesiapsiagaan pihak polis, penyokong parti juga perlu memberi kerjasama yang sebaiknya untuk kebaikan semua pihak," katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tuesday 16 April 2013

PRU13 - Senarai Nama Calon BN negeri Johor


Persaingan sengit dijangka berlaku antara pembangkang dan Barisan Nasional dibeberapa kerusi 'panas' sekitar Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Penasihat DAP Lim Kit Siang akan bertemu Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman si Parlimen Gelang Patah manakala Pengerusi PKR negeri Datuk Chua Jui Meng akan ditentang oleh Datuk Dr S Subramaniam di Parlimen Segamat.

Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi negeri Johor.

P140. Segamat - Datuk Dr. S. Subramaniam
N01. Buluh Kasap - Norshida Ibrahim (baharu)
N02. Jementah - Dr. Lee Hong Tee
P141. Sekijang - Anuar Abd. Manap (baharu)
N03. Pemanis - Lau Chin Hoon
N04. Kemelah - Datuk Ayub Rahmat
P142. Labis - Datuk Chua Tee Yong
N05. Tenang - Mohd. Azahar Ibrahim
N06. Bekok - Tan Chong (baharu)
P143. Pagoh - Tan Sri Muhyiddin Yassin
N07. Bukit Serampang - Ismail Mohamad (baharu)
N08. Jorak - Datuk Dr. Sharuddin Salleh
P144. Ledang - Hamim Samuri
N09. Gambir - M. Asojan
N10. Tangkak - Goh Tee Tee
N11. Serom - Abdul Razak Minhat (baharu)
P145. Bakri - Lee Ching Yong
N12. Bentayan - Fong Soh Lan (baharu)
N13. Sungai Abong - Datuk Dr. Haris Salleh (baharu)
N14. Bukit Naning - Datuk Saipolbahari Suib (baharu)
P146. Muar - Datuk Razali Ibrahim
N15. Maharani - Datuk Zulkhairi Ahmad (baharu)
N16. Sungai Balang - Zaiton Ismail (baharu)
 P147. Parit Sulong - Datuk Noraini Ahmad
N17. Semerah - Mohd. Ismail Roslan (baharu)
N18. Seri Medan - Datuk Zulkurnain Kamisan (baharu)
P148. Ayer Hitam - Datuk Wee Ka Siong
N19. Yong Peng - Lim Kee Moi
N20. Semarang - Datuk Samsolbari Jamali
P149. Seri Gading - Datuk Aziz Kaprawi
N21. Parit Yaani - Tiow Yew Chuan (baharu)
N22. Parit Raja - Datin Azizah Zakaria (baharu)
P150. Batu Pahat - Dr. Mohd. Puad Zarkashi
N23. Penggaram - Dr. King Ban Siang (baharu)
N24. Senggarang - Abd. Aziz Ismail (baharu)
N25. Rengit - Ayub Jamil
 P151. Simpang Renggam - Liang Teck Meng
N26. Machap - Abd. Taib Abu Bakar (baharu)
N27. Layang Layang - Abd. Mutalip Abd. Rahim
P152. Kluang - Datuk Dr. Hou Kok Chung
N28. Mengkibol - Chye Kwee Yeow (baharu)
N29. Mahkota - Md. Jais Sarday
P153. Sembrong - Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
N30. Paloh - Teoh Yap Kun (baharu)
N31. Kahang - R. Vidyanathan
P154. Mersing - Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad
N32. Endau - Datuk Abd. Latiff Bandi (baharu)
N33. Tenggaroh - K. Raven Kumar (baharu)
P155. Tenggara - Datuk Halimah Mohamed Sadique
N32. Panti - Datuk Baderi Dasuki
N33. Pasir Raja - Datuk Dr. Adham Baba
 P156. Kota Tinggi - Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid (baharu)
N36. Sedili - Rasman Ithnain
N37. Johor Lama - Asiah Md. Ariff
P157. Pengerang - Datuk Seri Azalina Othman Said
N38. Penawar - Hamimah Mansor
N39. Tanjung Surat - Datuk Syed Sis Syed A. Rahman (baharu)
P158. Tebrau - Khoo Soo Seang (baharu)
N40. Tiram - Datuk Maulizan Bujang
N41. Puteri Wangsa - M. Soorianarayanan (baharu)
P159. Pasir Gudang - Normala Abd. Samad (baharu)
N42. Johor Jaya - Tan Cher Puk
N43. Permas Jaya - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
P160. Johor Bahru - Tan Sri Shahrir Samad
N44. Tanjung Puteri - Datuk Adam Sumiru
N45. Stulang - Chong Chee Siong (baharu)
P161. Pulai - Datuk Nur Jazlan Mohamed
N46. Pengkalan Rinting - Chang Nie Kee (baharu)
N47. Kempas - Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat (baharu)
P162. Gelang Patah - Datuk Abdul Ghani Othman
N48. Skudai - Liang Ah Chy (baharu)
N49. Nusajaya - Datuk Dr. Zaini Abu Bakar (baharu)
P163. Kulai - Tay Chin Hein (baharu)
N50. Bukit Permai - Ali Mazat Salleh (baharu)
N51. Bukit Batu - Cheong Chin Liang
N52. Senai (belum diumumkan)
P164. Pontian - Datuk Ahmad Maslan
N53. Benut - Datuk Ir. Hasni Mohamad
N54. Pulai Sebatang - Datuk Tee Siew Kiong
P165. Tanjong Piai - (belum diumumkan)
N55. Pekan Nanas - (belum diumumkan)
N56. Kukup - Suhaimi Salleh (baharu)

PRU13 - Ujian KESETIAAN - Hishammuddin


Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini adalah medan ujian kepada kesetiaan ahli Barisan Nasional (BN) negeri Johor, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Sembrong berkata, PRU-13 itu juga adalah yang paling mencabar bagi BN negeri berikutan tumpuan pihak pakatan pembangkang yang membawa masuk ramai calon dari luar untuk bertanding di negeri itu.

"Ini bukan sekadar cabaran yang kuat tetapi juga ujian untuk merapatkanbarisan kita bagi menunjukkan kesetiaan kepada parti," katanya selepas Majlis pelancaran Manifesto BN Johor dan penyerahan watikah calon PRU-13 di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, pilihan raya kali ini melebihi kepentingan mana-mana individu atau kumpulan tertentu dan ia merupakan masa untuk memastikan kemenangan parti bagi membuktikan Johor adalah tiang seri BN.
Selanjutnya   

Monday 15 April 2013

Enam perkara teras diberi tumpuan capai matlamat Esscom


Kerajaan akan memberi tumpuan utama kepada enam perkara teras dalam pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memastikan keamanan serta keselamatan negara dalam jangka masa pendek dan panjang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara paling utama yang akan diberi perhatian ialah memperkukuhkan risikan dan rangkaian risikan termasuk kerjasama dua hala dengan agensi risikan luar seperti Aseanapol dan Interpol.

"Perkara kedua yang diberi tumpuan meliputi aspek pengawasan pantai yang akan dilengkapi teknologi terkini melibatkan pengawasan bersama tiga agensi keselamatan iaitu Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Perkara ketiga dan keempat ialah bagaimana kita dapat menyekat apa sahaja kumpulan yang cuba menceroboh negara sama ada di peringkat perairan luar atau pun di sungai-sungai kita dan di darat," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. Tambah Hishammuddin, perkara seterusnya yang akan diberi tumpuan ad
alah pelaksanaan undang-undang yang telus dan juga penglibatan masyarakat sebagai mata serta telinga pihak keselamatan.

"Kita akan melaksanakan undang-undang tanpa memilih bulu dan kalau kita tengok pegawai polis sendiri telah pun didakwa baru-baru ini kerana hal berhubung kait keselamatan.

Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, komitmen kerajaan dalam aspek keselamatan dan kedaulatan negara amat jelas dan memberi mesej kepada dunia bahawa kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi menjamin keselamatan negara.

Menurutnya, ini dapat dilihat dengan penubuhan Esscom yang dilakukan dalam masa yang singkat untuk memastikan keamanan negara dan keselamatan rakyat sentiasa terjamin.

Sementara itu, beliau berkata, dalam memastikan Esscom dapat terus dilaksanakan dengan lebih berkesan di masa hadapan, rakyat negeri ini diminta terus memberi mandat besar kepada kerajaan BN.

"Dalam masa pilihan raya ini saya akan terus memantau dan selepas pilihan raya insya-Allah, dengan sokongan padu rakyat khususnya di Sabah, kita akan lihat rancangan untuk 10 daerah dan seluruh negeri Sabah dari segi menangani ancaman-ancaman," ujarnya.

Sumber

PRU13 - Pesan Najib buat Jentera


Datuk Seri Najib Razak mengingatkan semua parti komponen supaya melihat proses pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) secara menyeluruh dan tidak terhad kepada mereka yang tercalon saja.

"Semua perlu lihat proses ini secara menyeluruh, bukan saja kepada mereka yang bertanding, tapi fokus kita adalah untuk menubuhkan kerajaan yang kuat dan memenuhi kehendak rakyat.

"Perjuangan kita bukan hanya untuk PRU tetapi kesudahan dalam melaksanakan Aku Janji BN," kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN. KLIK

Sunday 14 April 2013

Lahad Datu : Hapus Habis-Habisan


Najib juga sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia akan menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan serta keutuhan wilayahnya.

Hakikatnya, kata beliau, Sabah semenjak 16 September 1963 denagn keputusan serta sokongan majoriti rakyat negeri itu telah menyatakan bahawa mereka ingin supaya Sabah merdeka dalam Malaysia.

“Maka saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa hakikat dan fakta ini akan kekal selama-lamanya. Tiada sesiapapun, sama ada pihak luar mahupun dalam negara akan dibenarkan mengganggu-gugat hakikat ini. 

“Kita tidak akan menyerahkan walau seinci pun tanah ibu pertiwi,” katanya berucap pada program Penghargaan Ops Daulat di Dewan Desa Kencana, FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.

Saturday 13 April 2013

Ops Daulat TAMAT tidak lama lagi


Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Ops Daulat yang dimulakan sejak lebih sebulan lalu akan ditamatkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Begitupun langkah-langkah keselamatan yang sedang berjalan akan diteruskan di bawah kawal selia Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). - UTUSAN ONLINE

Friday 12 April 2013

Najib Lancar saluran untuk genarasi muda


Program Suara Generasiku yang dilancarkan hari ini akan menjadi platform baru orang muda suarakan pendapat mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan program berkenaan berkata, pendekatan ortodoks tidak lagi boleh dipakai dan negara memerlukan generasi baru lebih berani bersuara.

"Dulu, apa yang dimahukan oleh pemimpin di atas mestilah diikuti oleh semua pemimpin sehingga ke akar umbi, asas ini tidak lagi boleh dipakai, suara generasi baru turut perlu didengarkan untuk membolehkan negara membangun dengan lebih maju," katanya.



Beliau berucap merasmikan program Suara Generasiku di depan lebih 7, 000 orang muda di Dewan Seri Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini hari ini.

Najib turut berkata, kerajaan yang ada sekarang juga telah melakukan usaha-usaha seperti menentukan bahawa apa yang dilakukan hari ini melalui Dasar Transformasi Nasional agar hari esok lebih bermakna. 

"Itulah sebabnya kita lancar aku janji Barisan Nasional bertemakan 'Menepati Janji, Membawa Harapan', harapan inilah untuk generasi baru hari ini. "Kita akan berusaha gigih hari ini dengan usaha tersusun rapi.

Kita akan melakar masa depan yang sarat dengan harapan," katanya 

Gambar sekadar hiasan

Thursday 11 April 2013

Jentera, Semangat BN TIP-TOP! - H20



Semangat Barisan Nasional telah dipulihkan.

Apa yang lebih penting adalah memastikan kemenangan parti.
Menang untuk berkhidmat kepada rakyat.

Jentera, semangat, TIP-TOP!

Isu calon, bagaimana untuk merapatkan barisan, pastikan bahawa semua perkara yang diambilkira dapat dilaksanakan dengan sempurna dan baik.

Wednesday 10 April 2013

Ikrar Hishammddin bersama 2 Ribu Jentera BN Sembrong


Semangat yang ditonjolkan para penyokong dan jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Sembrong bakal membuktikan penolakan pengundi secara keseluruhannya terhadap Parti Pembangkang di Negeri ini.

Penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, setiap ahli digesa bekerja keras dalam dalam memastikan BN terus kekal sebagai Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

"BN telah mula bekerja keras sejak selepas pilihan raya umum yang lalu lagi.

Oleh itu kini adalah masa untuk kita semua menggandakan usaha memastikan BN terus mencatatkan kemenangan.

"Kita jangan biarkan pembangkang masuk ke Sembrong kerana sebelum ini mereka tidak pernah jenguk ke pelusuk Parlimen ini, hanya tiba masa pilihan raya baru tunjuk muka dan memecahbelahkan masyarakat majmuk di sini," katanya ketika berucap melancarkan jentera BN Parlimen Sembrong di Dataran Taman Gunung Lambak di sini malam tadi.

Majlis tersebut telah dihadiri lebih 2,000 penyokong dan jentera BN bagi kawasan Parlimen berkenaan.

Naib Presiden UMNO itu turut membidas kerjasama Pakatan Pembangkang yang secara jelas tidak utuh malah bertindak menjadi pak turut dalam mengejar kuasa terutamanya merebut jawatan Perdana Menteri.

Katanya, barisan komponen BN lebih bersatu padu sejak sekian lama dalam menentukan hala tuju serta membangunkan negara.

"Tiada apa yang dilakukan pakatan pembangkang selain mengamalkan politik perpecahan, sehingga kejadian pencerobohan di Lahad Datu juga dikatakan sandiwara UMNO.

"Ia membuktikan bahawa pembangkang tidak serius berkhidmat untuk masyarakat sebaliknya hanya mementingkan hal politik sepanjang masa," jelasnya.

Pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu, Hishammuddin memenangi kawasan Parlimen Sembrong untuk penggal yang kedua menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Sang dengan majoriti sebanyak 11,570 undi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memperoleh 17,988 undi berbanding Lee Sang yang hanya mendapat 6,418 undi.

Sumber

Tuesday 9 April 2013

Hishammuddin nasihat penduduk Sabah jangan percaya khabar angin


Penduduk Sabah dinasihatkan supaya tidak mempercayai khabar angin mengenai keadaan keselamatan di pantai timur negeri itu dan sentiasa memperoleh pengesahan terlebih dahulu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM)

 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keselamatan di pantai timur Sabah seperti di Lahad Datu, Semporna dan Tawau sudah bertambah pulih dan terkawal pada ketika ini.

"Saya berharap mereka tidak mendengar (mempercayai) khabar angin ini, 95 peratus daripada cerita sebegini adalah tidak benar. Jangan terpengaruh dengan cerita begini," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dengan petugas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Chamek di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media Filipina mendakwa terdapat ratusan pengganas Kesultanan Sulu sedang bersiap sedia untuk menyeberangi perairan Sulu di selatan Filipina ke pantai timur Sabah bagi mencetuskan kekacauan.

 Semalam, pasukan keselamatan negara menahan bot membawa 32 penceroboh bersenjata di Pulau Tambisan di perairan Lahad Datu.

Sumber

Monday 8 April 2013

1.6 Juta Layak Mengundi di Johor


JOHOR BAHRU 8 April - Seramai 1.6 juta pemilih di negeri ini layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu peningkatan sebanyak 18.75 peratus berbanding 1.3 juta orang pada pilihan raya umum 2008.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Rokiah Hanum Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, kawasan Parlimen Gelang Patah mencatatkan pengundi teramai iaitu 106,864 pengundi, diikuti Pasir Gudang dengan 101,121 pengundi dan Pulai seramai 100,695 pengundi. Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Parlimen Pulai mencatatkan jumlah pengundi paling ramai di Johor iaitu sebanyak 79,622 pemilih, diikuti Gelang Patah (78,676) dan Parlimen Pasir Gudang (72,862).


"Daripada jumlah tersebut, seramai 1.6 pemilih dikenal pasti menjadi pemilih biasa iaitu yang boleh hadir ke pusat-pusat pembuangan undi, manakala seramai 25,224 orang merupakan pemilih yang boleh mengundi menerusi undi pos.

"Pemilih tidak hadir terdiri daripada 13,663 anggota tentera, 11,237 polis dan 324 pegawai-pegawai kedutaan yang berkhidmat di luar negara. Jumlah tersebut merangkumi pasangan masing-masing iaitu suami atau isteri," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. Selanjutnya

Sunday 7 April 2013

Kit Siang TIDAK DI TERIMA di Gelang Patah !!!



Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung Pendas, dekat sini malam tadi.

Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar. Baca Selanjutnya...

Saturday 6 April 2013

Abdul Ghani VS Lim Kit Siang ???



LEDANG - “Tak mau, tak mau...nantilah," kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang enggan mengulas lanjut ketika ditanya spekulasi beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13.

Beliau kemudian meninggalkan pihak media sebelum masuk menunaikan solat Jumaat di Masjid  Batu 18, Sengkang, Bukit Gambir  dekat sini, semalam.

Terdahulu kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, Abdul Ghani melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sengkang dan PDM Parit Babok,  diiringi bekas Ahli Parlimen Ledang, Ir  Hamim Samuri dan Ketua Pemuda Umno  Ledang, Zaidi Abd. Majid.

Kelmarin, akhbar tempatan melaporkan beberapa pemimpin Umno di peringkat negeri mencadangkan Abdul Ghani bertanding di Parlimen Gelang Patah menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Abdul Ghani dikatakan sebagai calon paling sesuai untuk bertanding di kawasan  itu yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia yang dibangunkan dan dilancarkan semasa di bawah pentadbirannya.

Di Skudai, MCA seakan memberi laluan malah tidak menolak kemungkinan Abdul Ghani bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi lek berkata, belum ada sebarang keputusan mengenai isu pertukaran kerusi di Parlimen milik MCA itu diperbincangkan.

“Perbincangan di kalangan pemimpin komponen BN akan diadakan, keutamaan kita adalah untuk menang dan mampu pertahankan kerusi yang disandang.

“Kita yakin pengundi mahukan calon yang mempunyai rekod yang baik. Abdul Ghani mempunyai ‘track record’ yang terbukti sebagai menteri besar yang diterima oleh semua kaum,” katanya.

Soi Lek menggesa masyarakat negeri ini khususnya di Gelang Patah agar tidak terpedaya dengan hasutan pembangkang seterusnya memberi sokongan terhadap calon BN dengan berpegang kepada semangat gagasan 1 Malaysia.

“Berdasarkan ramalan DAP, mereka yakin mampu memperolehi 85 peratus sokongan kaum Cina kerana jumlahnya di Parlimen Gelang Patah telah mencecah lebih 53 peratus. DAP sudah memperolehi 45 peratus undi daripada masyarakat Tiong Hua.

“Untuk menang di Gelang Patah, DAP berpendapat hanya memerlukan lima peratus daripada sokongan kaum Melayu dan India. Bagi memperolehi undi pengundi Melayu mereka mengharap Pas,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang keputusan berhubung isu calon hanya akan diputuskan di peringkat Pusat.

“Saya enggan ulas, sama ada ia benar Abdul Ghani bertanding di peringkat Parlimen sekali gus ke federal. Biar pucuk pimpinan Pusat tentukan,” katanya.

Friday 5 April 2013

TERUS BERI MANDAT KEPADA BN - TPM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyeru agar rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut Muhyiddin, jika rakyat terus memberi mandat kepada BN,agenda nasib membela rakyat dapat diteruskan tanpa mengira calon parti yang akan diketengahkan agar mereka dapat meneruskan dasar menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

"Tak kira siapa calonnya, pergilah mengundi dan beri sokongan kepada BN. Yang penting, BN menang. Jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang. Katanya kita (BN) parti tua. Mereka keluar slogan 'tukar'.

"Tetapi rakyat tahu bahawa walaupun bertahun kita mentadbir negara, BN bukan parti tua. Kita lebih bertenaga dan ada wawasan serta memahami kehendak semua rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasah Islahiyah Addiniyah di Wangsa Maju di sini. Pada majlis itu, kira-kira 50 individu berkumpul di luar sekolah agama itu dengan memegang sepanduk menyokong Datuk Shafei Abdullah sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Wangsa Maju. 

Mengulas mengenai perkara itu, Muhyiddin berkata 'Terdapat sepanduk di hadapan saya. Saya boleh melihat mesej itu amat jelas. "Sekiranya Datuk Shafei adalah calon (untuk Wangsa Maju), itu pun ok," katanya. SUMBER

Thursday 4 April 2013

Hishammuddin Yakin Dengan Perancangan Najib


Perancangan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambil alih tampok kepimpinan negara pada 3 April 2009 mendapat sokongan penuh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pencapaian Najib selama empat tahun ini kata Hishammuddin amat menakjubkan disamping majlis tertinggi kerajaan yang melakukan kerja kuat dalam memajukan negara.

"Kita telah berikan tumpuan selama empat tahun sebelum ini dan kita telah buat kerja yang penting.

Saya kagum melihat majlis tertinggi dan juga Barisan Nasional hujung-hujung yang rapat dan semangat yang begitu tinggi di kalangan pemimpin kita."

"Perdana Menteri kita dapat membuat perancangan rapi dan sistematik sekali dan (Najib juga) yakin dengan apa yang dirancang dan semua perancangan bergantung kepada PM," katanya kepada pemberita selepas menyertai Mesyuarat Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyatakan kesediannya untuk bertanding dan mempertahankan kerusinya di Parlimen Sembrong.

"Bergantung kepada Datuk Seri Najib kalau sekiranya saya dicalonkan semula di Sembrong." ujarnya.

Sumber

BN Lancar Manifesto Esok, Sabtu



Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifestonya Sabtu ini sebagai aku janji dan komitmen kepada rakyat serta negara, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, ia dilancarkan lebih awal supaya rakyat lebih faham terhadap pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Wednesday 3 April 2013

Pembubaran Parlimen : Nafas Segar kepada Pelabur



Pengumuman pembubaran Dewan Rakyat ke-12 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 hari ini sudah pastinya akan memberikan nafas baru dan segar kepada semua orang, terutamanya pelabur asing.

 Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa, Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata ini ialah kerana penangguhan yang lama dan jangkaan berhubung bilakah pengumuman itu akan dibuat telah menyebabkan ketidakpastian dan kesukaran membuat keputusan terhadap pelaburan dan peluasan.

 "Kini, pengumuman pembubaran sudahpun dibuat dan diharapkan pilihan raya akan diadakan bulan ini, kalau tidak, kelebihan akan pengumuman itu akan berkurangan," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.



 Sementara itu, bekas presiden Gabungan Dewan Perdagangan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Datuk VKK Teagarajan berkata pelabur asing hanya boleh berspekulasi sama ada akan melabur di Malaysia berdasarkan kepada keputusan pilihan raya.

 "Tempoh selepas pilihan raya akan menjadi kriteria utama untuk pelabur asing, sama ada mahu melabur ataupun tidak. Mereka pastinya mahu melihat samada demokrasi diamalkan pada tahap tertinggi selepas pilihan raya jika mereka mahu melabur di sini," katanya.

Tuesday 2 April 2013

Ops Daulat Diteruskan Walaupun pilihanraya


LAHAD DATU: Ops Daulat di Timur Sabah akan diteruskan walaupun kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa terdekat.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, berkata Ops Daulat tidak dihentikan buat masa ini bagi membina keyakinan seluruh penduduk di sembilan kampung yang terjejas.

 Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, tengah hari ini. 

Hadir sama, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Abdul Rashid Raham Hussin.

Monday 1 April 2013

Cetus Huru-Hara ketika / selepas PRU13 Bukti Orang Tak Bertamadun


Hasrat pakatan pembangkang yang mahu mencetuskan huru-hara sekiranya tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jelas bertentangan dengan konsep masyarakat madani (bertamadun) yang pernah menjadi aspirasi ketuanya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, masyarakat madani pernah diperjuangkan sendiri oleh Anwar sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi kini konsep tersebut ditolak belakang oleh para penyokongnya dan beliau sendiri. “

Kita amat memuji Eropah, Australia dan beberapa negara maju yang lain yang tidak menggunakan demonstrasi sekiranya tewas dalam mana-mana pilihan raya. “

Kita mahu pembangkang di negara ini mengikut aspirasi Anwar sendiri yang pernah memperkenalkan konsep masyarakat madani di negara ini yang dipandang tinggi suatu masa dahulu,’’ katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai hasrat parti pembangkang yang didakwa cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa PRU-13 selepas tersebarnya risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.

Penyebaran risalah yang mengandungi tiga peringkat itu didedahkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datuk Adiwijaya Abdullah, 29 Mac lalu.