Tuesday 30 April 2013

PRU13 : Dapatkan Keputusan daripada SPR sahaja


Orang ramai perlu mendapatkan keputusan muktamad pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saja dan tidak bersandarkan maklumat tidak sahih dikeluarkan pihak lain.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sekali gus mengingatkan ejen parti politik yang berada di pusat pengiraan undi, supaya tidak menyebarkan maklumat berhubung keputusan PRU13 sebelum ia diumumkan SPR, bagi mengelak kekeliruan.

"Langkah menyebarkan maklumat sedemikian bukan saja boleh mengganggu perjalanan pilihan raya, malah akan menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap maklumat berkenaan. 

"Maklumat keputusan pilihan raya hanya akan diumumkan oleh SPR. Tunggu keputusan muktamad daripada SPR," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Kem Wardieburn, Jalan Genting Kelang dan Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini hari ini. KLIK

1 comment: